Kirstie sudah serik jadi gemuk

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kirstie sudah serik jadi perempuan gemuk
Kirstie sudah serik jadi perempuan gemuk

BEKAS bintang TV 'Cheers' Kirstie Alley mengaku yang dia hampir menjerit apabila melihat dacing timbang selepas 15 bulan tidak berbuat demikian.

Kirstie yang selalu berhadapan dengan masalah berat badan, mengaku yang dia kini lebih selesa berpakaian maxi yang longgar dan cardigan sahaja. Penampilan sebegini benar-benar membayangkan usianya yang sudah mencecah 58 tahun itu.

Malah Kirstie sempat bergurau yang dia cuma membeli belah di Trashy Lingerie dan Benefit Boutique Hollywood sekarang.

Setelah membuat penampilan khas di program Oprah minggu lepas tentang masalah berat badan dan amalan 'yo-yo' dietnya, Kirstie tanpa malu-malu mengaku yang berat badan adalah masalah utama dalam hidupnya.

Katanya lagi, "Tika saya timbang berat badan, saya hampir menjerit melihat jarum sampai 228 pound. Ini adalah berat badan yang paling teruk seumur hidup saya.

"Saya betul-betul rasa nak menjerit...," kata Kirstie kepada pihak media.

Bintang terkenal ini pernah mencapai berat idealnya ketika mendapat pertolongan daripada syarikat menguruskan berat badan, Jenny Craig pada 2007. Dia berjaya membuang segala berat badan dalam masa tiga tahun saja.

Nampaknya, kisah 'gemuk'nya kembali lagi.

Kirstie berjanji dengan Oprah yang dia akan cuba menguruskan badannya semula. Katanya, dia sanggup mengupah jurulatih persendirian untuk tujuan tersebut.

"Saya akan lakukannya. Apa yang perlu saya buat sekarang ialah menunggang kuda dan pergi ke gim semula," kata Kirstie yang telah menghumban segala barang-barang gimnya ke bilik setor.

Menurut Kirstie, "Musuh ketatnya ialah makanan China, gula dan mentega. Saya juga amat sukakan popcorn. Semua makanan ini disaluti mentega.

"Bila saya gemuk, saya pasti tidak akan keluar. Saya akan bertapa di rumah saja," kata ibu kepada dua orang anak angkat - William True, 16, dan Lillie Price, 14.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan