Kemasukan Aril 'gugat' undian peserta lain?

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Isma sudah menampakkan 'keberanian' di dalam persembahannya - foto THE STAR oleh EHFAN SHAH
Isma sudah menampakkan 'keberanian' di dalam persembahannya - foto THE STAR oleh EHFAN SHAH

LIMA peserta akhir yang bakal bersaing di konsert akhir Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu ini telah pun diketahui.

Ismaliza Ismail (Isma), Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz), Afiq Hakim Ahmad (Akim), Mohd Yazid Ibrahim (Yazid) serta peserta yang terpilih menerusi AF Masuk, Khairil Azam Pilus (Aril) berjaya melangkah konsert akhir itu dan sekaligus berpeluang merangkul gelaran juara musim baru ini.

Peratusan yang diterima oleh Aril menerusi undian AF Masuk itu cukup tinggi iaitu 52.5 peratus, menewaskan menewaskan sembilan lagi peserta yang turut tersingkir sebelum ini iaitu Aishah dengan 26.6 peratus, Zizi (7%), Sidi (6%), Claudia (5%), Qhaud (2%), Rini (0.8%), Rubisa (0.4%), Obri (0.3%) dan Nas Adila (0.2%).

Apa yang pasti, kemasukan semula Aril yang mendapat tiket mudah ke final dilihat mampu memberikan 'saingan' yang amat hebat terhadap empat finalis akhir yang telah 'bersusah-payah' mempertahankan kedudukan mereka sehingga minggu kesembilan itu.

Malah, sejarah AF sebelum ini juga telah membuktikan peserta yang diserap masuk semula pasti akan berjaya merangkul kemenangan seperti yang berlaku kepada Mawi yang memenangi AF3, Linda Nanuwil yang menjadi naib juara AF2 serta Lotter yang turut dinobatkan sebagai naib juara bagi musim keempat.

Tidak salah jika dikatakan senario yang sama mungkin akan berulang semula di dalam AF musim ini.

Aril mungkin tidak bernasib baik pada minggu ketujuh dulu apabila diumumkan tersingkir, namun dengan kemasukan semula peserta 'hyper' ini untuk bersaing di konsert akhir, tidak mustahil salah satu daripada kedudukan tiga teratas akan menjadi miliknya!

Walaupun bagi sesetengah pihak terutamanya penyokong-penyokong Yazid, Isma, Akim dan Hafiz merasakan elemen AF Masuk ini tidak adil buat empat peserta ini, namun suka atau tidak, itulah 'konsep' program popular ini.

Bak kata Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, "AF bukan hanya pertandingan nyanyian semata-mata, ia turut diselitkan dengan pelbagai elemen lain termasuklah 'drama'.

Katanya, elemen itu diperkenalkan semula pada musim ini setelah mengambil kira faktor 'kehebatan' peserta-peserta kali ini.

"Kali ini kita dapat saksikan persaingan antara setiap peserta begitu sengit daripada aspek peratusan undian. Lantaran itu, kami ingin memberi peluang kepada penonton untuk memilih siapa yang mereka rasakan layak berada di konsert akhir dan seterusnya memenangi gelaran juara kali ini.

"Dan saya rasa kali ini juga memberikan kelainan tersendiri kerana hanya Isma merupakan satu-satunya peserta wanita yang akan berentap di peringkat akhir," tuturnya.

Apa yang pasti, empat peserta tersebut sebenarnya sudah cukup 'kuat' untuk beraksi di konsert akhir walaupun tanpa kehadiran Aril. Lihat saja persembahan mereka pada konsert ke-9 Sabtu lalu yang mana tidak salah jika dikatakan, itu adalah konsert mingguan yang terbaik bagi AF7.

Masing-masing sudah menampakkan transformasi yang sering diuar-uarkan oleh pengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina. Isma sebagai contoh sudah menampakkan 'keberanian' di dalam persembahannya menerusi lagu Aku Pasti Datang dan Hot And Cold.

Persembahan bertenaganya melalui Hot And Cold sememangnya berjaya memukau tumpuan ramai, meskipun adakalanya dia dilihat seperti kurang selesa, mungkin kerana kasut yang tidak sesuai dipakainya untuk persembahan yang memerlukan banyak pergerakan itu.

Yazid yang membawakan lagu Aku Skandal dan Where The Street Have No Name juga tidak menghampakan. Mungkin dua persembahan tersebut tidak 'sehebat' persembahannya pada minggu terdahulu, namun Yazid memang dilihat layak berada di pentas akhir nanti.

Akim yang membuat 'kejutan' pada kedua-dua segmen persembahan malam itu menerusi lagu I'm Yours dan Larut berjaya mempamerkan persembahan yang cukup cemerlang. Jika konsert Sabtu lalu merupakan konsert akhir, tidak salah jika dikatakan gelaran juara mampu menjadi milik Akim!

Hafiz pula seperti minggu-minggu sebelumnya tidak pernah gagal memberikan persembahan yang baik. Menerusi lagu Laskar Pelangi dan I Believe I Can Fly, Hafiz juga dilihat antara peserta 'favourite' ramai untuk merangkul gelaran juaran musim ini.

Cukup terpukau menyaksikan persembahan keduanya dengan lagu I Believe I Can Fly yang dilihat menjadi persembahan 'penutup' yang amat berkesan sebelum konsert minggu itu melabuhkan tirainya.

Sama ada Yazid, Akim, Isma, Hafiz mahupun Aril, penentuan siapakah yang layak dinobatkan juara AF7 sememangnya terletak di tangan penonton sendiri. Setiap peserta nampaknya mempunyai kekuatan sendiri, malah lihat saja pada peratusan undian saban minggu yang tidak konsisten.

Sesiapa saja mampu bergelar juara pada malam konsert akhir nanti. Dan apa yang pasti, 'kemunculan' semula Aril di Akademi pasti akan membuatkan konsert terakhir itu nanti cukup 'mendebarkan'!

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan