Cinta jarak jauh Keira-Rupert masih panas

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keira mahu cintanya juga berjaya seperti kariernya
Keira mahu cintanya juga berjaya seperti kariernya

PERCINTAAN jarak jauh jarang berjaya. Namun, pelakon Keira Knightley dan Rupert Friend berjaya buktikan walaupun mereka sering berjauhan, mereka tetap intim seperti dulu.

Dalam pertemuan dua kekasih ini di Soho, London baru-baru ini, Keira tidak jemu-jemu memberi ciuman dan pelukan pada teman lelakinya di sebuah restoran Spain bernama Barrafina.

Pasangan ini, yang mula berpacaran sejak tahun 2005 sebaik selepas mereka dipasangkan di dalam filem Pride and Prejudice, dirakamkan minum wain merah dan menikmati tapas dalam keadaan yang sungguh intim.

Keira baru saja pulang ke London setelah sibuk menjalani penggambaran di Somerset bagi filem terbarunya 'Never Let Me Go', yang diadaptasikan daripada novel terlaris Kazuo Ishiguro.

Dalam filem itu, Keira membawa watak Kathy H, seorang wanita yang mempunyai kisah menarik semasa belajar di asrama.

Aktres berusia 24 tahun yang juga membintangi filem 'Cheri' bersama Michelle Pfeiffer, mendedahkan rahsia kejayaan cinta jarak jauhnya adalah kerana Skype.

"Kami juga sering menggunakan webcam. Prioriti adalah penting dalam kehidupan kita. Adakah karier atau cinta?

"Kita kena seimbangkan antara karier dan cinta. Saya tidak mahu hidup keseorangan bila saya tua nanti...jadi cinta adalah penting dalam hidup saya," kata Keira yang mempunyai banyak tawaran berjela-jela panjangnya seperti London Boulevard, My Fair Lady dan The Beautiful And The Damned.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan