Kecoh komplot 'drama' AF Masuk!

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKSI pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang terkejut dengan penyingkiran Claudia dan Aishah pada minggu lalu, dan kemudiannya terus mengumumkan undian AF Masuk nampaknya dikatakan adalah satu 'lakonan' yang memang telah dirancang.

'Drama' yang menyaksikan Tiara yang menemui hos program itu, AC Mizal untuk melihat sendiri keputusan penyingkiran tersebut dan kemudiannya berbincang dengan tenaga pengajar sebelum naik ke pentas untuk membuat pengumuman AF Masuk itu mungkin telah berjaya 'dibaca' oleh banyak pihak.

Namun begitu, menerusi rakaman program Diari INT yang disiarkan sehari selepas konsert tersebut, banyak pihak menyedari bahawa 'drama' yang berlaku itu sebenarnya memang sudah dirancang dari awal.

Rakaman yang menampilkan hos Diari INT, Sarimah Ibrahim melahirkan perasaan terkejut dengan penyingkiran dan pengumuman AF Masuk itu nampaknya telah 'dikantoikan' oleh beberapa pihak gara-gara kecuaian pihak produksi yang tidak 'sedar' yang mana tatkala Sarimah sedang mengacarakan program itu, salah seorang peserta iaitu Akim ketika itu sedang melakukan 'rehearsal' di pentas yang membelakangi hos tersebut.

Meskipun jaraknya agak jauh, namun bagi mereka yang memerhatikan rakaman itu secara teliti, jelas menunjukkan aksi peserta tersebut yang sedang membuat latihan.

Dan lantaran itu, skrip yang disebut oleh Sarimah itu maknanya telah dirancang awal memandangkan program Diari INT sememangnya menjalani rakaman sebelum bermulanya konsert mingguan, apatah lagi aksi Akim di belakang itu nampaknya telah menjadi bukti!

Lebih memburukkan keadaan, rakaman itu turut tersebar menerusi laman web YouTube dan hangat diperkatakan kononnya pihak produksi memang mempunyai komplot dan memasang agenda dari awal untuk sengaja melakukan AF Masuk.

Mengulas mengenai hal itu, kata Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, dia menafikan hal tersebut berpunca daripada kecuaian produksi.

"Diari INT memang dirakamkan setiap Sabtu dan adalah embargo sehingga konsert tamat. Pada minggu tersebut, kami rakamkan tiga 'links' iaitu tiga 'footage' berbeza memandangkan isu AF Masuk ini semakin hangat diperkatakan.

"Malah, kami juga sudah berbincang dengan produksi dan pengetua sendiri tentang kemungkinan mengadakan AF Masuk pada minggu tersebut, bergantung jika pengetua ingin berbuat demikian. Jadi kami sudah sediakan tiga 'links' berbeza bergantung kepada apa-apa keputusan pada malam itu.

"Cuma masalah yang timbul di sini ialah kerana penonton nampak 'background' di belakang Sarimah ketika dia sedang mengacarakan program itu dan ia memaparkan salah seorang peserta sedang membuat latihan.

"Jadi, bagi mereka yang tidak tahu proses rakaman program ini pasti akan terfikir bahawa apa yang terjadi ketika konsert itu berakhir ialah satu komplot, sedangkan kami memang merakamkan tiga 'links' awal-awal lagi. Jadi sebarang keputusan pada malam itu, kami akan menyiarkan 'link' yang sepatutnya," kata Khairul.

Menurut Khairul lagi, sebelum ini, semua episod Diari INT itu merakamkan hanya satu 'link' saja, tetapi pada minggu lalu, memang pihak produksi sengaja menyediakan tiga 'links' untuk bersiap-sedia dengan kemungkinan sebarang keputusan pada konsert tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan