Lan MUH bertunang Julai ini

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lan dan bakal tunangnya, Normala Hassan ketika majlis 'post-party' ABPBH 2008 baru-baru ini.
Lan dan bakal tunangnya, Normala Hassan ketika majlis 'post-party' ABPBH 2008 baru-baru ini.

VOKALIS band indie Meet Uncle Hussain (MUH), Norazlan Rosle atau Lan, 27, yang dijangka bertunang dengan Normala Hassan, 27, pada Julai ini terpaksa menunda majlis pertunangannya sehingga selesai Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Indonesia yang jatuh pada bulan yang sama.

“Saya dan Mala (Normala) merancang untuk bertunang pada Julai ini.

“Tetapi terpaksa tangguh dulu sebab ada komitmen dengan APM di Indonesia, jadi mungkin akan membuat majlis itu selepas APM selesai,” kata Lan.

Lan dan Mala mula bercinta selepas berkenalan sejak beberapa bulan lalu dan Lan telah memperkenalkan kekasihnya itu semasa ditemui di majlis ‘post-party’ Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada 12 April lalu.

Menurut Lan, dia menyenangi sikap Mala yang sempoi, menyenangkan, beradap dan hormat kepada orang tua.

Semasa majlis tersebut, Lan akui dia serius dengan Mala dan tidak mustahil akan melamar gadis itu dalam tahun ini.

Sementara itu, MUH pernah mengumumkan yang mereka akan berehat selepas ABPBH 2008 lalu.

Namun, sehingga sekarang mereka masih aktif menyanyi dan muncul membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16 pada 2 Mei lalu.

“Memang kami nak berehat tetapi untuk masa yang sebenar-benarnya adalah bulan ini. Kami bercadang untuk berehat selama sebulan sahaja,” ulas Lan.

Semasa AIM 16 baru-baru ini, MUH dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik sekaligus menewaskan pesaing terdekatnya, band indie Hujan.

Dalam majlis berprestij itu, MUH turut berkongsi pentas dengan Hujan pada malam itu dengan menyanyikan lagu-lagu medley popular mereka seperti Lagu Untukmu, Lalala..Kerjalah, Empayar dan Bila Aku Sudah Tiada.

“Saya suka melakukan persembahan dan lepak dengan Hujan,” tutur Lan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan