Korset emas Beyonce membuatnya lebih menggiurkan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beyonce terkenal dengan bentuk tubuhnya yang seksi dan menggiurkan
Beyonce terkenal dengan bentuk tubuhnya yang seksi dan menggiurkan

BENTUK tubuhnya yang montok dan menggiurkan selalu menjadi tajuk berita. Bagi memastikan yang badannya tidak terlepas pandang, penyanyi Beyoncé Knowles cuba menampilkan sesuatu yang baru ketika konsert 'I Am...' di Rotterdam baru-baru ini.

Beyonce telah mengenakan sepasang korset berwarna keemasan yang sungguh dramatik bagi menonjolkan lagi tubuhnya yang seksi itu.

Ternyata apa yang dijangka oleh Beyonce menepati sasaran kerana korset emasnya itu menjadi bahan bualan.

Rata-rata ramai yang melahirkan kekaguman melihat bentuk badan Beyonce yang disarung dengan kemas dalam korset emas yang direka khas oleh Thierry Mugler. Penyanyi berusia 27 tahun ini tampak cukup menggiurkan.

Korset emas ini adalah salah satu dari 10 kostum yang direka khas untuk pertunjukan Beyonce itu. Kesemua kostum yang dipakai Beyonce juga adalah rekaan Mugler.

Beyonce, yang akan membuat persembahan di London pada bulan Jun ini, adalah isteir kepada mogul muzik terkenal, Jay-Z.

Mugler pernah mereka korset-korset yang seksi untuk selebriti dan supermodel seperti Naomi Campbell, Linda Evangelista dan Claudia Schiffer.

Walaupun korset yang dikenakan begitu ketat, ianya langsung tidak meninggalkan kesan pada selera makannya.

Di belakang pentas, Beyonce 'kenduri' dengan jamuan ayam panggang disira lada hitam. Walaupun hidangannya ayam, ia tetap menepati diet yang sihat, tanpa minyak.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan