Rosyam ada kuasa veto tentukan peserta akhir 'Pilih Kasih'

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosyam Nor. - foto THE STAR oleh LOW LAY PHON
Rosyam Nor. - foto THE STAR oleh LOW LAY PHON

BUKAN seperti program realiti hiburan yang lain, rupa-rupanya juri tetap Pilih Kasih, Rosyam Nor mempunyai kuasa veto untuk menentukan siapa yang akan disingkirkan di peringkat akhir.

Umum mengetahui program realiti televisyen itu bersandarkan undian 100 peratus khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sebagai tuan punya program itu, Rosyam bagaimanapun berkata, dia hanya akan menentukan nasib tiga peserta dengan markah yang paling rendah.

"Di akhir rancangan. saya mempunyai kuasa veto sebagai tuan punya program ini untuk menentukan siapa yang layak ke akhir. Katakan, tiga peserta mendapat undian SMS terendah dengan markah 20 , 15 dan 10.

"Biasanya, peserta dengan markah 10 kena buang tetapi kerana saya ada kuasa veto, maka saya akan buang peserta yang mendapat 20 markah ini kalau dia memang tak boleh berlakon, tak ada disiplin," katanya pada sidang akhbar semalam.

"Orang akan kata tak adil. Tapi orang kena ingat, kita harus mendidik masyarakat memilih hanya yang terbaik untuk industri.

"Maksudnya, jika dia popular dan kemudiannya terpilih apa gunanya jika dia tak bagus berlakon," katanya yang juga memegang jawatan juri tetap bersama-sama dengan Dr Abu Hassan.

Menurut Rosyam, banyak realiti show sebelum ini yang mengujudkan pemilihan SMS. Yang terpilih selalunya atas kriteria populariti tetapi sebenarnya, cara ini 'membunuh' mereka.

"Mereka tak dah job bila keluar kerana mereka dah popular. Tak tahu nak buat apa-apa dah," katanya.

Pilih Kasih seperti Apprentice?

Ditanya sama ada Pilih Kasih seperti Akademi Fantasia, Rosyam menyifatkannya mirip seperti program Apprentice.

"Ia keras sedikit. Ini bukan adaptasi. Ini idea solid daripada saya. Ini bermakna program itu tidak banyak bersantai. Kerana pada 15 Mei, kita akan buat senarai pendek.

"Selepas itu, mereka akan ambil 20 orang dan dari situ, terus masuk ke tempat pembelajaran dan diajar asas lakonan secara intensif, tarian, nyanyian, suara, intonasi, gerak badan oleh tenaga-tenaga pengajar dari ASWARA," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan