Norish: Hubungan ‘luar biasa’ dengan Luqman satu fitnah

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Walaupun tersenyum, ada garis luka di wajahnya. -foto The Star oleh SAM THAM
Walaupun tersenyum, ada garis luka di wajahnya. -foto The Star oleh SAM THAM

JIKA sebelum ini aktres Norish Karman tegas dengan pendiriannya untuk mahu mendiamkan diri dan enggan 'bertikam lidah' lagi dengan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, tetapi lain pula yang berlaku pada pertemuan hari ini, sejurus selepas proses sulh selesai.

Mungkinkah Norish atau NK sudah tidak mampu lagi berdiam diri dan membiarkan saja tohmahan berlalu begitu saja?

Yang pasti, jawapan yang diberi banyak mempertikaikan kenyataan bekas suami. Banyak juga alasan dalam nada sindiran yang diberi dan disulam dengan kenyataan menuding jari.

Ketidakpuasan hati jelas menunjukkan riak-riak duka di hati NK di waktu ini ketika menjawab beberapa perkara yang didedahkan oleh Hashimuddin pada 30 April lalu.

Antaranya adalah isu NK bercuti di Pulau Tioman dengan kekasihnya, Mohd. Luqman Mohd. Amin dan tiga orang anaknya tanpa keizinan Hashimuddin pada bulan Mac lalu.

Malah Hashimuddin juga mendedahkan hubungan ‘luar biasa’ NK dan Luqman.

“Sebagai seorang ibu, adakah saya tak layak bawa anak-anak ke mana saya pergi kerana saya merupakan seorang ibu bekerja dari pagi hingga ke malam?.’

“Saya rasa ‘insecure’ dengan kata-katanya seolah-olah dia mengintip apa yang saya lakukan.

“Saya tak pernah berhelah. Saya boleh pergi Maldives jika hendak melakukan perkara yang tidak baik kerana ramai yang mengenali diri saya walaupun tanpa mekap.

“Orang tahu yang saya merupakan seorang janda dan masih ada ‘open vacancy’.

“Saya nak orang tahu... dan dengan bangganya saya katakan ‘that is the fitnah’.

"Saya harap media dan masyarakat memainkan peranan..,” ujar NK seperti tidak mahu meneruskan kata-katanya, ketika menjawab segala dakwaan Hashimuddin di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Norish juga menafikan yang dia mengajar anak-anaknya melakukan perkara yang di luar hukum syarak.

“Benarkah ini yang berlaku? Bermakna saya tak boleh dekati mana-mana lelaki..Kami bergerak beramai-ramai, jadi jangan menilai akhlak orang tanpa melihat apa yang dibuat..,” jelasnya.

Bagaimana dengan isu kereta Nissan Murano?

Norish: Saya tak minta Nissan Murano tetapi apa-apa kereta...

Datuk (Hashimuddin)berkata dia menarik kereta bukan disebabkan cemburu seperti didakwa oleh NK.

Norish: Saya tak pernah guna perkataan cemburu tetapi hanya memberitahu apa yang saya nak. Apa yang saya minta ini untuk anak-anak.

Kalau dia berjaya malukan dan aibkan saya, di mana trofi dia..Kalau dia berjaya mengambil anak-anak, di mana trofi dia.

Datuk mendakwa dia menarik Nissan Murano kerana NK melanggar perjanjian.

Norish: Saya tak berjanji apa-apa dengan dia. Saya hanya mahukan sebuah kereta untuk saya dan anak-anak. Dia cakap jangan bawa orang itu dan orang ini nanti. Tetapi kadangkala saya perlu minta orang lain.

Dia tidak harus meletakkan undang-undang kepada saya. Saya serahkan hal ini kepada mahkamah.

NK juga didakwa tidak membayar cukai jalan kereta.

Norish: Sejak bila janda dia perlu jelaskan ‘road tax’ kereta? Saya pernah tanya sama ada perlu jelaskan sendiri atau tidak tetapi dia yang tak nak beri saya jelaskan. Itu alasan dia...

Apa pula penjelasan tentang kereta Nissan Murano sebelum ini yang selalu digunakan oleh Luqman seperti kereta sendiri?

Norish: Itu tiada kena-mengena dengan perkara ini. Saya pertikaikan tentang keperluan anak-anak.. Saya tak bermaksud hendak menuduhnya kejam dan ia perlu dibetulkan...

Apa reaksi apabila Datuk mendedahkan hubungan sulit NK dengan Luqman?

Norish: Kenyataan itu tiada kena-mengena kerana kami bukannya orang pertama bercerai dan saya tiada apa-apa reaksi.

Saya tak rasa didedahkan (hubungan sulit) kerana saya sendiri yang bawa Luqman ke Anugerah Bintang Popular (ABP) 2008 seperti ‘family friends’.

Semalam, di dalam program Jangan Tidur Lagi di TV3, NK seolah-olah mengiyakan hubungan dengan Luqman apabila berkata ‘I’m not really single’.

Norish: Saya berkata begitu maksudnya saya mempunyai peluang..

Komen tentang Luqman yang menganggur.

Norish: Dia fitnah Luqman. Mana dia tahu Luqman sedang menganggur sebab Luqman mempunyai bisnes dengan keluarganya? Dia yang sudah 61 tahun dan berjaya tidak boleh membandingkan dirinya dengan Luqman yang masih muda.

Nak cari pesaing biarlah di kalangan umurnya. Misalnya, saya, sebagai artis akan bersaing dengan artis.

Bagaimana pula reaksi apabila mendapat tahu kisah hidup NK dan Datuk akan dibikin drama?

Norish: Betulkah? Siapa yang nak buat drama? Kuasatek Pictures Sdn. Bhd. memang biasa dengan Datuk dan pernah buat drama. Mungkin drama itu akan mengatasi drama Spa Q.

Itulah tugas kawan baik dia. Biar orang tentukan tentang apa yang dia nak buat asal jangan biar orang lain membenci anak-anak saya.

Mungkin duitnya banyak dihabiskan untuk membuat drama....

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan