Filem Merong Mahawangsa import pelakon UK, Sweden dan China

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusry akan mengarah filem ketiganya, Merong Mahawangsa.
Yusry akan mengarah filem ketiganya, Merong Mahawangsa.

FILEM Merong Mahawangsa arahan Yusry Abdul Halim dijangka akan menjadi filem termahal terbitan KRU Studios.

Mengambil rujukan kisah sejarah Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry telah pun memilih beberapa pelakon dari United Kingdom, Sweden dan China untuk berkhidmat dalam filem ini selepas ujibakat dilakukan.

Selain itu, kostum dan props untuk digunakan dalam filem epik drama itu juga akan diimport dari Amerika Syarikat dan China.

Ini kerana filem ini mengisarkan tentang Empayar Rom dan Empayar China mengikut buku sejarah hikayat itu.

Aktor Stephen Rahman akan menerajui filem ini sebagai Merong Mahawangsa yang mempunyai darah campuran Rom.

Yusry berkata filem Merong Mahawangsa akan menyerlahkan bakat pelakon teater.

“Kebanyakan pelakon dalam filem ini ramai terdiri daripada pelakon teater kerana kami tak nak muka terlampau komersial.

“Sekarang saya sedang sibuk berulang-alik ke Terengganu untuk melihat lokasi penggambaran.

“Insya-Allah jika tiada aral kami akan memulakan pengambaran mulai 9 Jun depan.

“Saya memilih untuk membuat filem ini untuk ketengahkan cerita mengenai raja pertama yang membuka tanah ‘Langkasuka’. Nama itu pernah dipertimbangkan untuk menjadi nama Malaysia dulu.

“Filem ini juga akan menggunakan teknik Computer Generated Imagery (CGI) untuk menghidupkan Empayar China dan Empayar Rom kerana saya rasa agak rumit juga untuk membuatnya seperti fakta dan bukan mitos,” katanya mengenai filem yang menggunakan latar masa kurun ke-2.

Tambahnya, “Cerita agak fantasi tetapi CGI pun ada seakan-akan filem Pirates of Carribean.

“Skrip itu telah dirombak sebanyak 16 kali. Sekarang saya rasa agak sukar dan mempunyai batasan untuk membuat rujukan.”

Jelas duda berusia 36 tahun ini, dia akan menggunakan lokasi di tepi pantai dan memilih Kuala Terengganu dan Besut di Terengganu.

“Kami juga sedang menyediakan set dan kostum. Misalnya, kami akan mengimport topi dan baju besi dari Amerika Syarikat dan China.

“Kiranya filem ini boleh dianggap sebagai filem terbesar KRU dari segi kemahiran dan pengambaran,” beritahu Yusry yang terpaksa menolak tepi kehidupan peribadinya.

Dia bimbang sekiranya ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Yusry juga agak sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk bersosial dan mengambil sikap untuk lebih ‘low profile’ dalam industri seni ini.

Kata bekas suami aktres Erra Fazira ini, “Saya akan jadi gila jika tiada kerja”.

Tambah Yusry, dia banyak menumpukan kerja di belakang tabir sehingga tidak berpeluang menerima tawaran lakonan.

“Saya ada dapat ‘offer’ berlakon tapi terpaksa tolak kerana sibuk dengan filem Merong Mahawangsa,” tutur Yusry.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan