AF Masuk: Antara Aril atau Aishah layak diundi masuk - Berita Hiburan | mStar

AF Masuk: Antara Aril atau Aishah layak diundi masuk

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina mendakap Aishah dan Claudia yang tersingkir, baru-baru ini.
Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina mendakap Aishah dan Claudia yang tersingkir, baru-baru ini.

PERSOALAN siapakah pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang sebelum ini tersingkir dan kemudiannya diundi masuk bakal terjawab tidak lama lagi.

Tinjauan mStar Online setakat ini menunjukkan pembaca laman web ini cenderung memilih Aishah untuk kembali beraksi di pentas AF7.

Aishah mendahului peserta-peserta lain dengan undian tidak rasmi sebanyak 38.1 peratus diikuti dengan Aril sebanyak 29.1 peratus.

Sementara itu, Zizi pula menerima 15.4 peratus, Claudia (12.6 peratus) dan Qhaud (4.8 peratus).

Hak mengundi masuk pelajar AF7 yang tersingkir menerusi AFmasuk dikuatkuasakan oleh Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina minggu lalu.

Tiara mengumumkan AFmasuk minggu lepas di konsert ke-8, selepas dua peserta Claudia dan Aishah disingkirkan daripada meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya walaupun persaingan hanya tinggal dua hari saja.

Ekoran itu, bermula Isnin lalu (4 Mei) tepat jam 10.00 malam, undian untuk AFMASUK telah dibuka.

Ia bagaimanapun akan ditutup pada hari Sabtu, 9 Mei 2009 tepat 9.00 malam sebaik Konsert Kesembilan AF7 bermula.

Untuk maklumat lanjut mengenai AFmasuk, layari www.astro.com.my/akademifantasia .

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan