Aril AF7 ‘dilamar’ KRU?

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aril ketika diumumkan tersingkir dari AF pada minggu ketujuh lalu.
Aril ketika diumumkan tersingkir dari AF pada minggu ketujuh lalu.

PROGRAM realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh belum pun melabuhkan tirainya, salah seorang pelajar AF7 yang tersingkir pada minggu ketujuh lalu, Aril atau Khairil Azam Pilus dikhabarkan akan ‘dilamar’ menyertai KRU Studios.

Malah, Aril tidak perlu tunggu AF Masuk untuk meneruskan bakat besarnya. Dia sudahpun mendapat perhatian syarikat rakaman yang berminat untuk menyediakan 'platform' untuknya mengasah bakatnya.

Berita ini turut disahkan oleh Ketua Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim ketika majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dan Telekom Malaysia Berhad bagi filem 'Jin Notti', semalam.

Sambil tersenyum Norman berkata ‘dalam perancangan’ dan enggan mengulas lanjut tentang Aril.

Dia berkata KRU akan membuat satu pengumuman mengenai hal itu apabila tiba masanya nanti.

“Kami hanya mengikut putaran masa dengan bakat yang ada. Kami sudah ada kerjasama dengan artis lain seperti mengambil Adam dan Dafi sebagai artis rakaman, menggubah lagu Demam untuk Candy, dan Mawi (lagu Sujud).

“Dalam industri ini, kita perlu bekerjasama dengan banyak pihak dan saling percaya antara satu sama lain bagaikan satu ikatan,” kata Norman.

Tambahnya, KRU Studios bukan sahaja bekerjasama dengan pihak Astro malah pernah bekerja dengan Media Prima Berhad untuk program Gangstarz dan TM.

“Saya lihat KRU mempunyai keserasian dengan Astro seperti menerusi program AF. Tetapi semuanya bergantung kepada mereka.

“Namun begitu, kami kurang berminat dalam bidang pengurusan artis tetapi lebih kepada bidang rakaman dan persembahan,” ujarnya.

Ditanya tidakkah KRU berminat untuk mengambil peserta wanita AF bernaung di bawah syarikatnya, Norman berkata, “Insya-Allah..kami berharap untuk mengambil artis wanita tetapi terpulanglah.”

Penyanyi Anita Sarawak merupakan satu-satunya penyanyi wanita yang bernaung di bawah label KRU sehingga sekarang dan kali terakhir penyanyi wanita berkhidmat dengan KRU adalah Ezlynn.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan