Kelis failkan perceraian, tidak tahan dimaki hamun

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelis sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun Nas dan terus memfailkan perceraian
Kelis sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun Nas dan terus memfailkan perceraian

KISAH perceraian rapper Nas dan isterinya penyanyi R&B Kelis yang sarat mengandung 7 bulan semakin hangat diperkatakan.

Berita ini disahkan oleh sebuah majalah antarabangsa baru-baru ini.

"Saya boleh sahkan yang Kelis sudahpun failkan perceraiannya," kata wakil Kelis.

"Namun, saya harap pihak media hormati privasinya dalam saat yang menyukarkan ini," kata wakil itu lagi.

Peguam Kelis pula berkata, penyanyi yang terkenal dengan lagu hitnya, "Milkshake" sudahpun menandatangani surat cerai minggu lepas. Dan antara sebab yang diberikan ialah curang dan tidak tahan dengan maki hamun Nas.

Pada bulan Februari tahun ini, Nas berkata dia begitu gembira dengan kehamilan Kelis dan tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak pertama mereka.

Nas juga mempunyai seorang anak berusia 15-tahun dari sebuah perhubungan terlarang sebelum ini.

Nas dan Kelis bertemu buat pertama kalinya pada tahun 2002 di sebuah parti anugerah MTV Video Music Awards yang dianjurkan oleh Diddy.

Setelah berpacaran selama dua tahun, pasangan ini membuat keputusan untuk berkahwin di Atlanta pada bulan Januari 2005.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan