Dek kerana berpakaian sekolah, Celina dihalau masuki pub ayahnya

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres Celina dihalau keluar dari pub milik ayahnya
Aktres Celina dihalau keluar dari pub milik ayahnya

AKTRES Bollywood Celina Jaitley tidak dibenarkan memasuki sebuah pub dan restoran di Bangkok milik ayahnya kerana berpakaian seragam sekolah.

Pengawal yang bertugas tidak dapat mengecam wajahnya dan beranggapan Celina di bawah umur disebabkan perwatakannya ketika itu.

Sebenarnya, Celina sedang menjalani penggambaran filem "Paying Guest" di Bangkok pada ketika itu di samping bintang-bintang popular Bollwyood seperti Neha Dhupia, Riya Sen dan Sayali Bhagat.

Menurut Celina, dia tidak sangka yang dia akan disekat daripada memasuki premis itu.

"Saya baru saja menjalani penggambaran dan saya rasa cukup selesa berpakaian seragam. Saya cuma ingin ke pub milik ayah saya itu untuk meninjau keadaan di situ apabila saya ditahan oleh pengawal bertugas," kata Celina.

Pakaian seragam sekolah yang dikenakan oleh Celina ialah kemeja berwarna putih, skirt hitam dan merah, cekak hitam, stokin putih dan kasut sekolah warna hitam.

"Kelakar sungguh. Saya tidak dibenarkan masuk ke dalam pub milik saya sendiri. Memang lucu. Malah saya cuba melambai ke arah ayah saya ketika saya ditahan itu. Mujurlah, ayah saya terlihat kelibat saya dan cepat-cepat keluar.

"Tapi dia juga terkejut melihat saya berpakaian seragam. Dia memberi saya wang dan menyuruh saya membeli pakaian di kompleks beli belah. Sebenarnya, ayah saya tidak mahu melihat 'seorang budak sekolah' mengunjungi pubnya. Undang-undang tetap undang-undang," kata Celina.

Filem "Paying Guest' arahan Paritosh Painter diterbitkan oleh Subhash Ghai turut dibintangi oleh Shreyas Talpade, Ashish Chaudhary, Javed Jaffrey dan Vatsal Sheth.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan