Bintang 'Top Gun', Kelly McGillis mengakui dirinya lesbian

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelly McGillis
Kelly McGillis

KELLY McGillis yang pernah berlakon sebagai kekasih Tom Cruise dalam filem Top Gun mengakui dia adalah homoseksual.

Thesun.co.uk melaporkan, Kelly yang pernah bercerai dua kali dan merupakan ibu kepada dua anak telah muncul pada laman web homoseksual di Amerika Syarikat.

Menurut laporan tersebut, pelakon wanita itu pernah membintangi babak seks dalam filem "The Monkey's Mask" pada 2000.

"Saya telah bosan dengan bab lelaki ini. Saya perlu berubah dan mara ke hadapan. Ia adalah sebahagian daripada keikhlasan terhadap diri saya sendiri.

"Itu adalah cabaran untuk saya ," tulis aktres berusia 51 tahun tersebut.

Kelly yang juga pernah berlakon sebagai teman wanita Harrison Ford menerusi filem "Witness" berkata, kekasihnya kelak pasti "merupakan seorang wanita".

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan