Misha: Mungkin ramai produser nak bekerja dengan saya?

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Selepas tujuh tahun, inilah trofi yang ditunggu-tunggu oleh Misha
Selepas tujuh tahun, inilah trofi yang ditunggu-tunggu oleh Misha

SELEPAS meraih kemenangan dalam empat kategori di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16, penyanyi Misha Omar menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan band indie seperti Meet Uncle Hussain dan Hujan.

"Saya nak bekerjasama dengan band indie seperti Meet Uncle Hussain atau Hujan kerana mereka banyak menghasilkan lagu yang baik," kata Misha sejurus majlis AIM 16 selesai.

Misha meraih anugerah Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya), Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam & Hawa), Album Pop Terbaik (Misha Omar) dan Lagu Terbaik (Nafas Cahaya).

"Saya rasa gembira tak terhingga kerana sebelum ini saya menjadi penonton dan berada di bawah tapi tahun ini saya cuba sekali lagi dan dapat berada di atas pentas itu (menerima anugerah).

"Selepas tujuh tahun, inilah trofi yang ditunggu-tunggu.

"Dengan kemenangan ini, saya akan cuba tingkatkan prestasi. Ini merupakan kejutan paling manis seolah-olah merasakan penat lelah dan kesabaran kami terubat selepas empat tahun saya tidak keluarkan album.

"Kira-kira empat tahun saya ambil masa untuk siapkan album ini kerana lagu tidak mencukupi. Ia juga berkat kesabaran semua. Saya rasa sangat bersyukur," luah Misha.

Ditanya tentang kelebihan album dan lagunya sehingga mampu menewaskan yang lain, Misha berkata lagu dalam albumnya lebih banyak bereksperimentasikan vokal lagu etnik.

"Ada banyak rasa dalam album saya. Misalnya lagu Cinta Adam Dan Hawa berbeza dari sentuhan lagu sebelum ini.

"Selain itu, keseluruhan lagu dalam album saya hanya didengar tanpa perlu 'skip', " ulas Misha dalam nada ceria.

Lagu Nafas Cahaya pernah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-22 tetapi tidak berjaya memenangi apa-apa anugerah.

Jelas Misha mungkin kemenangan lagu Nafas Cahaya tidak berpihak di AJL tetapi diterima di AIM.

"Sudah rezeki saya di sini dan tidak menang di situ," tutur Misha.

Bagaimanapun, Misha nekad untuk terus bekerja dan tidak berputus asa.

"Saya akan terus usaha mencari material untuk album akan datang dan belajar membuat pelbagai perkara lagi," akhiri Misha sebelum sempat berseloroh.

Katanya, 'Mana tahu dah menang ni lagi ramai produser yang nak bekerja dengan saya..'.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan