Lindsay cuba pikat Samantha semula

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lohan dilihat amat terdesak untuk memikat semula teman lesbiannya, Samantha Ronson
Lohan dilihat amat terdesak untuk memikat semula teman lesbiannya, Samantha Ronson

LINDSAY Lohan khabarnya amat terdesak untuk cuba memikat semula teman lesbiannya, Samantha Ronson.

Bintang Mean Girls itu dikatakan sudah menyusun 'strategi' untuk pergi ke London bulan depan, sama masa dengan Ronson yang juga akan ke sana.

Ronson yang juga merupakan seorang DJ kelab berada di bandaraya itu pada November tahun lalu bersama Lohan, dan dengan kunjungan terbaru itu Lohan mengharapkan perasaan lama itu akan kembali berputik.

Lohan akan mengadakan sesi fotografi untuk British Vogue dan akan membuat kemunculan di beberapa buah kelab di sana pada akhir Mei ini.

Pada masa yang sama, Ronson dijadualkan akan mengadakan siri persembahan 'DJ'nya di sana bermula minggu pertama Jun ini.

"Lindsay telah menempah bilik di Hotel Kensington yang mana dia dan Ronson pernah menetap bersama tidak lama dulu," kata sumber.

Tambah sumber itu lagi: "Lindsay amat teruja dan telah mengatur agendanya di London beberapa hari sebelum Sam tiba. Sam tidak tahu Lindsay juga akan ke London dan akan membuat kemunculan di kelab-kelab.

"Rakan-rakan Lindsay ada menasihatinya bahawa rancangan itu mungkin akan memakan dirinya sendiri dan Sam mungkin akan membatalkan siri persembahannya.

"Tetapi Lindsay telah pun melalui pelbagai masalah semata-mata untuk dapatkan sesi fotografi dan buat kemunculan di kelab-kelab. Dan semua itu dibuat kerana ingin memenangi hati Sam semula."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan