Ratusan foto dan video intim Carla Bruni dicuri

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Carla Bruni dan suaminya, Nicolas Sarkozy yang juga Presiden Perancis.
Carla Bruni dan suaminya, Nicolas Sarkozy yang juga Presiden Perancis.

RATUSAN foto dan video wanita pertama Perancis, Carla Bruni berasmara dengan bekas kekasihnya dicuri.

Akhbar Fox melaporkan, aksi-aksi intim tersebut dirakamkan sepanjang perhubungan beliau dengan ahli falsafah yang juga suaminya, Raphael Enthoven.

Mereka mempunyai anak berumur lapan tahun yang bernama Aurelien.

Pada malam Ahad, pencuri memecah masuk apartmen Left Bank yang didiami adik Raphael, Julien Enthoven yang juga pelakon.

Polis menjelaskan, Raphael sebenarnya telah menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada adiknya kerana tidak ingin memalukan suami Bruni sekarang, Nicolas Sarkozy.

"Pencuri tersebut tahu apa yang ingin dicari. Mereka hanya mengambil foto-foto yang paling memberahikan, kamera yang penuh dengan imej, video dan fail komputer," seorang detektif berkata.

"Tiada sesiapa berada di rumah ketika itu. Barang-barang lain tidak disentuh langsung."

Polis bimbang pencuri itu akan menjual gambar-gambar Bruni tersebut untuk mengaut ratusan ribuan dolar.

Ataupun, mereka mungkin ingin memalukan Sarkozy kerana isterinya turut pernah mempunyai hubungan intim dengan penyanyi rock British, Eric Clapton dan Mick Jagger.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan