Jelajah Gempak Selebriti Astro bermula di Kedah

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gempak Selebriti akan dimeriahkan dengan Ning Baizura serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Idayu, Edlin, Fitri, Hazama, Riz, Noni, Nora dan ramai lagi
Gempak Selebriti akan dimeriahkan dengan Ning Baizura serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Idayu, Edlin, Fitri, Hazama, Riz, Noni, Nora dan ramai lagi

BAGI meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya mendekati dan memanjakan para pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro yang akan diadakan pada 2 & 3 Mei ini!

Ketua Pemasaran Segmen Melayu, Puan Molina Musa berkata, ” Pada tahun ini, kami telah memperhalusi strategi kami dengan melakukan pendekatan yang berbeza daripada promosi-promosi bergerak yang lain. Penumpuan kami kini lebih kepada komuniti. Oleh itu, setiap minggu, pasukan pemasaran di bawah payung Gempak iaitu Gempak Desa, Gempak Selebriti dan Gempak Astro akan menjelajahi kawasan-kawasan yang disasarkan melalui acara-acara promosi yang banyak melibatkan penyertaan masyarakat berbilang kaum dan umur.

Kami telah mengatur pelbagai aktiviti promosi bergerak pada setiap minggu secara selang-seli sepanjang tahun. Program Gempak Desa akan menjelajahi kawasan-kawasan pendalaman manakala program Gempak Selebriti pula mensasarkan kepada kumpulan pelanggan yang datang dari kawasan Bandar. Sebagai bonus, kami telah mengembalikan acara Gempak Astro yang akan diadakan secara besar-besaran sebanyak 3 kali pada tahun ini.”

Menurut beliau lagi, ”Untuk menghargai kesetiaan para pelanggan, kami juga turut mengadakan sesi ’memanjakan diri’, iaitu aktiviti-aktiviti seperti urut kaki refleksologi secara percuma dan juga konsert selama dua jam tanpa henti oleh artis-artis dan selebriti. Para pelanggan juga berpeluang untuk makan tengahari bersama para selebriti dengan hanya mendaftar di laman web rasmi www.astro.com.my/gempak09”.

Acara promosi bergerak Gempak Selebriti yang akan diadakan pada 2 & 3 Mei bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Ning Baizura serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Idayu, Edlin, Fitri, Hazama, Riz, Noni, Nora dan ramai lagi.

Di samping itu, acara akan dimeriahkan lagi oleh kehadiran ikon Astro seperti Tok Wan dan adik Alycia yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.

Pasukan pemasaran Melayu Astro telahpun mengaturkan jadual promosi bergerak yang padat di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu secara bergilir-gilir pada setiap hujung minggu. Berikut ialah lokasi-lokasi yang akan dikunjungi oleh pasukan pemasaran Melayu Astro pada bulan Mei ini:

Tarikh Tempat 2 Mei Gempak Desa

Kedah Padang Awam Taman Nelayan, Kuala Kedah Kelantan Padang KSK JKR, Tumpat

2 & 3 Mei Gempak Selebriti Johor Plaza Angsana, Johor Bahru

9 Mei Gempak Desa Johor Parit Raja, Batu Pahat Terengganu Stadium Mini, Kg Raja, Besut

16 Mei Gempak Desa Perak Padang Bandaran Parit Buntar, Kerian Terengganu Padang Sungai Tarum, Setiu

23 Mei Gempak Desa Selangor-Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor Terengganu Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu

30 Mei Gempak Desa Perak Felda Besout 01, Hilir Perak Terengganu Kg Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu

Tambah beliau lagi, ”Setiap acara Gempak mempunyai sasaran yang tersendiri dalam memenangi hati pelanggan tidak kira mereka datang dari kawasan pendalaman mahupun dari kawasan Bandar.

Setakat ini, Astro telah berjaya menguasai kira-kira 49% dari kumpulan sasaran penonton TV dari kediaman Melayu. Jumlah ini semakin meningkat setiap kali kami menjelajah ke lokasi-lokasi baru seluruh negara pada setiap minggu.”

Pelbagai aktiviti interaktif seperti acara sukaneka telahpun diatur khusus untuk semua ahli keluarga tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa sepanjang hari bermula dari 9.30 pagi hingga 10.00 malam di setiap acara Gempak Desa dan Gempak Selebriti Astro di seluruh negara. Di samping itu, pentas ujibakat juga dibuka bagi mereka yang berminat untuk menyertai pelbagai program-program baru di Astro.

Menurutnya lagi, ”Kami yakin program-program yang telah diaturkan ini akan menarik kunjungan orang ramai. Sebagai testimoni, acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro di Queens Bay, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah yang telah diadakan baru-baru ini masing-masing berjaya menarik lebih dari 7,000 pengunjung di setiap lokasi.

Kami percaya kehadiran artis terkenal seperti Ning Baizura, Riz, Reza, Farish, Zainal Alam Kadir, Idayu, Edlin, Akma, Fitri dan ramai lagi di acara Gempak Selebriti Astro yang bakal berlangsung diI Plaza Angsana, Johor Bahru pada 2 & 3 Mei ini akan menarik kunjungan orang ramai.

”Kami ingin memanfaatkan setiap kunjungan kami bukan semata-mata mahu menghiburkan dan memanjakan para pengunjung tetapi juga ingin mengambil kesempatan untuk mendekati dan bertukar-tukar pendapat dengan para pelanggan Astro yang baru dan lama bagi meningkatkan lagi mutu dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Astro seperti menaiktaraf pakej yang sedia,” Puan Molina mengakhiri perbualannya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan