Megan bangga ukuran pinggangnya 22 inci saja

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fox bangga memiliki ukuran pinggang yang begitu kecil sekali
Fox bangga memiliki ukuran pinggang yang begitu kecil sekali

AKTRES Megan Fox tidak sabar-sabar menunjukkan pinggang rampingnya, yang kini berukuran 22 inci di dalam filem terbaru lakonannya bertajuk 'Jonah Hex'.

Fox kelihatan lebih seksi lagi apabila mengenakan pakaian korset hitam, but tinggi dan kot labuh.

Penampilannya yang terbaru ini membuat Fox kelihatan lebih genit dari biasa. Dan antara sebab utama kerana ukuran pinggangnya bak kerengga kini.

Ketika ditanya apa yang membuat susuk tubuhnya begitu kecil sekarang, Fox berkata secara jenaka..."Ianya kerana saya tidak begitu stabil."

Namun, Fox enggan berkongsi rahsia dietnya.

"Kalau sesiapa tanya saya, memang ukuran pinggang saya adalah 22 inci. Itu adalah fakta," kata Fox.

Fox diberitakan akan membawa watak penting sebagai She-Hulk.

Bintang 'Transformers' itu menjadi calon favourite untuk membawa watak wanita berbadan hijau dalam filem yang akan diadaptasi oleh siri komik popular, The Incredible Hulk.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan