Siri famili popular 'Bong' kembali dengan musim baru

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bong musim keenam ini ditaja oleh Whiskas
Bong musim keenam ini ditaja oleh Whiskas

SALAH satu kekuatan stesen TV9 adalah drama bersiri 'Bong'. Drama bersiri ini mendapat sambutan hangat di kalangan penonton akan diteruskan dengan siri keenam dan memperlihatkan gelagat Bong menjaga empat orang anak buahnya yang mempunyai perwatakan yang berbeza namun masih tetap menerapkan elemen harmoni kekeluargaan, kasih sayang, percintaan dan kelucuan.

Ciri-ciri inilah yang melengkapkan rencah drama bersiri ini.

Bong musim keenam ini ditaja oleh Whiskas. Penajaan ini amat bersesuaian dengan drama ini kerana pada musim ini penonton dapat melihat gelagat Aisha yang memelihara seekor kucing comel. Manakala dalam satu episod Aisha memanggil Kucing itu Bong kerana kerinduannya terhadap Bong yang jauh di kampung. Kerinduan Aisha dan adik-beradiknya terubat dengan kehadiran kucing tersebut.

Rancangan Bong dilihat berupaya mengekalkan reputasi yang baik dimana ianya berjaya meraih sehingga 800,000 penonton pada musim sebelumnya. Membariskan pelakon mantap dan comel, Bong 6 akan memulakan episod pertama pada 18 Mei 2009.

Episod pertama Bong 6 ini bermula dengan Bong, lakonan Mohd Khairul Ikhwan yang mula bekerja di syarikat kepunyaan Dato’ Sabaruddin yang juga merupakan majikan kepada abangnya, Long lakonan Mustapha Kamal dan Seri lakonan Jasmin Hamid.

Walaupun telah bekerja, namun Bong masih menjaga keempat-empat anak buahnya Maria, Johan, Aiman dan Aisya. Berjayakah Bong membahagikan masa sebaik mungkin dengan kerjaya barunya? Bagaimanakah pula hubungan Bong dan Nisa? Adakah mereka akan bersatu semula atau sebaliknya?

Musim terbaru ini menyaksikan lebih banyak konflik dan gelagat lucu berlaku dalam keluarga Long seiring dengan kematangan semua watak dalam mengharungi hidup ke arah kedewasaan. Perubahan demi perubahan dapat dilihat dalam siri Bong musim 6 ini untuk tampil lebih mantap. Lebih menarik, penonton yang mengikuti siri ini sejak dulu, berpeluang melihat pelakon-pelakon cilik dalam Bong membesar bersama watak yang dibawa.

Antara barisan pelakon yang sentiasa menggamatkan keluarga Bong ini adalah Mustapha Kamal (Long), Jasmin Hamid (Kak Seri), Nurul Aqilah Faiqah (Maria), Maisaraa Syahfiedzrien (Aisha), Faizul (Johan), dan Syahir (Aiman).

2009 menjanjikan pelbagai hidangan yang pasti membuatkan seisi keluarga terhibur dan meluangkan lebih masa bersama-sama keluarga dan teman-teman. Usaha TV9 dalam mensasarkan kategori kanak-kanak, remaja, belia dan pasangan baru berkahwin akan tercapai memandangkan rancangan yang diketengahkan ini amat santai dan relaks untuk tontonan semua.

Bong 6 diterajui oleh Hafiez Othman sebagai pengarah manakala penerbit adalah Aziz M. Osman dan Nor Aliah Lee.

Jangan lupa bersama TV9 setiap hari Isnin jam 9.35 untuk mengikuti kerenah dan gelagat Bong serta anak-anak buahnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan