Model Awet Casting mencipta gaya di dalam air!

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keayuan AYU - foto ZULKEFLI MOHD. ZAIN
Keayuan AYU - foto ZULKEFLI MOHD. ZAIN

TIGA tahun lalu, Mimi, Nana, Linda, Ayu dan Tasha adalah seperti gadis biasa melangkah di tepi jalan.

Kini, mereka melangkah bergaya di pentas peragaan sambil memperagakan fesyen menarik.

Apa yang lebih menarik, mereka turut berupaya berbuat demikian dalam air. Mereka umpama `ikan duyung' yang jelita berenang dalam air!

Mereka adalah `hasil produk' kelab model dan bakat, Awet Casting di bawah naungan Kumpulan Caberawet Holdings Sdn. Bhd.

Hakikatnya, mereka adalah permata yang belum digilap. Ibarat jauhari yang mengenal manikam, Awet Casting mengenal pasti bakat terpendam tersebut lalu mengasahnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Azhari Ahmad, pihaknya mentransformasikan gadis biasa menjadi peragawati yang berkeyakinan.

"Sebelum ini, mereka mungkin gadis biasa tetapi berikutan pendedahan dan pengalaman mereka dalam bidang permodelan selain dipersiapkan oleh kelab kami, mereka kini (lebih) bersedia untuk berjalan dengan perasan di atas pentas peragaan fesyen," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas memperkenalkan empat model terbarunya, iaitu Nana, Linda, Ayu dan Tasha di Restoran Spices, Hotel Concorde Kuala Lumpur. Seorang model yang bernama Mimi tidak dapat hadir kerana urusan tertentu.

Terdahulu, mereka memperagakan fesyen pakaian yang direka bentuk oleh Justin Yap. Rambut model tersebut pula diuruskan oleh RAM Hair Design Salon.

CARA LATIHAN

Mohd. Azhari memberitahu, pihaknya mencipta peluang penggambaran untuk bakat baru tersebut bagi membuktikan mereka berkeupayaan maju dalam bidang permodelan.

"Tugasan `dicipta' untuk mereka. Misalnya, mereka memperagakan pakaian dalam wanita jenama Inner Secrets pada suatu perhimpunan sosial di Bar Savanh Too di Plaza Mont Kiara pada Februari tahun ini.

"Pelbagai sesi penggambaran foto juga dianjurkan untuk mereka membuat kad komunikasi dan bahan-bahan promosi," katanya.

Tambahnya, model terbabit juga memperagakan koleksi pereka bentuk terkenal Khoon Hooi di ruang terhad seperti di studio, di ruang istirahat.

Apa yang lebih menarik, kata Mohd. Azhari, mereka juga pernah dilatih berenang, menyelam dan bergaya di kolam renang Bukit Jalil yang bersaiz Olimpik!

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut mengadakan usahasama dengan Annexe Distribution Network Sdn. Bhd yang mengetengahkan model-model tersebut untuk Inner Secrets, Jane Holli dan Battuta Gioiello.

KRITERIA MODEL

Mungkin ramai terfikir model perlu jelita, tinggi dan bertubuh ideal. Mohd. Azhari tidak berpendapat begitu.

Baginya, model perlulah mempunyai tingkah laku dan sikap yang betul seperti berdisiplin dan menepati masa.

"Sekiranya seorang model lambat menghadiri sesi penggambaran untuk setengah jam, maka model tersebut adalah tidak berkualiti," jelasnya.

Menurutnya, pihaknya sedang merekrut barisan model baru termasuk lelaki dan mereka terdiri daripada pelbagai bangsa.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan