Stacy ada hubungan istimewa dengan AG Coco?

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Stacy mengagumi kelebihan AG bermain gitar.
Stacy mengagumi kelebihan AG bermain gitar.

BARU-BARU ini, gitaris band Coco iaitu AG atau nama sebenarnya Hezry Hafiz, 25, dikaitkan dengan aktres Liyana Jasmay, alih-alih sekarang dia dikhabarkan bercinta dengan Stacy AF6.

AG menjelaskan yang hubungannya dengan Liyana hanya sekadar kawan sekerja memandangkan dia pernah menerbitkan muzik untuk si gadis itu.

Begitu juga hubungannya dengan Stacy yang dianggap seperti teman biasa.

“Orang nampak hubungan saya dengan Liyana agak 'lain macam' sebab saya menerbitkan muziknya.

“Namun, saya tiada apa-apa (hubungan cinta) dengan Liyana. Stacy juga tiada kena-mengena dengan saya dan kami hanya berkawan seperti biasa.

“Saya baru berjumpa dengan Stacy dalam tiga kali selepas berjumpa buat pertama kali di sebuah show di Kuching, Sarawak dulu.

“Saya kenal macam itu sahaja. Selepas itu kami berjumpa semula dalam sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 dan seterusnya di majlis ABPBH 2008.

“Hubungan kami biasa sahaja dan tak pernah lepak bersama,” jelas AG yang turut bermain gitar untuk band Hujan ini.

Kata AG, sepanjang mengenali Stacy, dia mengagumi persembahan si genit itu.

“Saya ‘respect’ show dia dan minat Stacy sebab sekarang ini saya lihat 'show'nya paling gempak berbanding penyanyi-penyanyi lain.

“Untuk projek akan datang, kalau ada peluang saya tak kisah jika hendak menerbitkan lagu untuk Stacy. Tetapi tengok kepada permintaan sebab dia bernaung di bawah Astro Entertainment Sdn. Bhd.,” ulasnya yang berasa agak lucu apabila mendengar cerita tentang hubungannya dengan Stacy.

Kini AG sedang sibuk dengan latihan untuk persembahan di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16 pada 2 Mei, Sabtu ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

“Hujan akan membuat persembahan bersama-sama dengan band Meet Uncle Hussain seperti yang pernah dilakukan oleh Wings dan Search,” katanya.

Tanpa menyembunyikan status sebenarnya, AG mengaku yang dirinya sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.

Menurut AG, gadis biasa berusia 18 tahun itu berasal dari Kuching, Sarawak dan sedang menuntut di salah sebuah pusat pengajian swasta di ibu kota.

Dalam pada itu, Stacy juga menafikan hubungannya dengan AG lantas sanggup bersumpah tentang hal itu.

“Sumpah, saya tiada apa-apa hubungan istimewa dengan AG. Lagipun, saya tidak terlalu rapat dengannya.

“Selain AG, saya juga berkawan dengan Noh (vokalis Hujan). AG selalu sibuk jadi kami jarang berjumpa. Apabila kami ada show sekali, baru kami akan berhubung antara satu sama lain.

“Kami rapat seperti kawan yang baru kenal sejak berjumpa di Kuching, Sarawak pada Ogos lalu. Lama selepas itu, kami jumpa balik kat ABPBH 2008.

“Saya tak berani sangat menelefonnya dan hanya berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) jika hendak bertanya tentang ‘show’,” kata Stacy.

Tambah Stacy, yang menarik tentang AG di matanya adalah kerana AG suka bermain gitar sementara dia pula suka menyanyi.

“Satu lagi apabila bercerita, ‘story’ kami mempunyai persamaan lebih-lebih lagi apabila berbual tentang muzik.

“Tetapi saya tidak terlalu rapat dengannya kerana saya agak susah hendak rapat dengan lelaki,” ujarnya yang sedang sibuk dengan beberapa ‘show’ seperti 'show' di Sabah dan Konsert Akhir Akademi Fantasia 7 yang dijangka berlangsung pada 16 Mei depan di Stadium Putra Bukit Jalil.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan