Esther menanti tiga tahun sertai OIAM

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Esther
Esther

SUDAH tiga tahun Esther memendamkan hati untuk menyertai One In A Million (OIAM). Katanya, sebelum ini, dia tidak berani dan kurang berkeyakinan.

Jumaat ini, Esther tidak menoleh ke belakang lagi untuk memanfaatkan peluang keemasan merebut RM1 juta yang dipertaruhkan.

"Saya telah `menanti' selama tiga tahun untuk detik-detik keemasan itu. Pada mulanya, saya tidak berani menyertainya kerana kekurangan repertoire lagu.

"Selepas itu, saya mula mengumpulkan lagu sepanjang saya menyanyi di lobi lounge. Tidak dapat saya nafikan ia (pengalaman menyanyi di lobi) memberikan sedikit kelebihan," katanya kepada mStar baru-baru ini.

Esther memberitahu, dia telah mula bernyanyi sejak berumur 9 tahun lagi tetapi hanya bergiat secara aktif tiga tahun kebelakangan ini.

Katanya, dia telah berbincang dengan Aubrey Suwito untuk menentukan midi, sequence serta instrumen yang diperlukan dalam persembahannya, malam itu.

Sementara itu, ditanya sama ada dia mempunyai apa-apa kelebihan sebagai satu-satunya peserta perempuan, akui Esther: "Tidak pasti, kurang pasti... sebab orang luar yang menghakimi saya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Ketiga-tiga mempunyai kelebihan masing-masing," tegasnya yang pernah menyertai sesi uji bakat Akademi Fantasia sebanyak empat kali tetapi gagal meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Tiga tahun lalu, Esther pernah bertanding dalam Bintang Adnan Abu Hassan 2007/08.

Selain itu, dia menjuarai pertandingan bintang kecil kebangsaan Sarawak pada 1998 ketika berumur 11 tahun.

CITA-CITA

Boleh dikatakan, Esther pantang berundur sebelum berjuang. Bagaimanapun jika ditakdirkan dia tersingkir, Esther berkata: "Jika kalah, saya tidak akan berpatah balik dan jadi 'orang biasa'. Saya akan meneruskan karier saya untuk mengeluarkan single."

Mengenai pilihan juaranya, Esther berkata sekiranya dia bukan peserta OIAM, dia akan mengundi Tomok.

"Saya paling tertarik dengan Tomok. Semasa Tomok mendendangkan lagu `Belaian Jiwa', saya sangat surprise dia boleh membawakan lagu Newboyz dengan begitu baik," katanya yang turut akur dengan kehebatan vokal Aweera.

LAGU-LAGU FINAL ESTHER

Esther akan mempertaruhkan lagu baru bergenre R&B oleh Sharon Fong dengan tajuknya belum disahkan, di samping lagu `Please don't stop me' oleh Rihanna.

Berkongsi sedikit mengenai persembahannya, dia berkata, dia akan memberi tumpuan kepada vokal dan kurang gimik. Katanya, dia akan menari dengan alunan lagu tersebut yang bertempo rancak.

CABARAN BESAR

Mengenai pengalaman paling mencabar sepanjang terbabit dalam OIAM, kata Esther:

"Saya hanya tidur untuk sejam. Tiba sahaja di sini, sesi uji bakat itu berlarutan hingga keesokannya sampai 2-3 pagi.

"Akibatnya, saya migraine dan mata sakit kerana contact lense dah pakai terlalu lama.

"Bagaimanapun, akhirnya ia berbaloi juga apabila sampai ke Top 12 dan sekarang, Top 3," katanya.

Tambahnya, dia juga terpaksa menyambut hari jadinya pada 4 Disember lalu bersendirian dan berjauhan daripada ahli-ahli keluarga tersayang.

Pun begitu, cabaran paling besar buat Esther adalah pada final Jumaat ini. Dan dia bersandarkan kepada sokongan ibu bapa yang menjadi `tulang belakangnya'.

"Mereka berpesan kepada saya agar bekerja bertungkus lumus dan membuat sebaik mungkin," luah isi hatinya.

AWEERA

Dalam pada itu, Aweera menyifatkan dirinya sebagai `underdog' dalam pertandingan kali ini berbanding Tomok dan Esther.

"Ini adalah pertama kali saya menceburi bidang ini dan saya sangat bersyukur sampai ke peringkat ini. Saya akan berjuang habis-habisan," katanya.

Sekali lagi, katanya, dia akan memanfaatkan suara bervokal tinggi untuk menyampaikan lagu Sampai Syurga dengan unsur balada dan sedikit gothic.

Aweera turut mendedahkan, dia banyak berdoa untuk menenangkan jiwa dan menerima sebarang tekanan perasaan pada saat-saat menjelang final.

Untuk menjaga suara bervokal tinggi, katanya, dia banyak minum air mineral.

Mengenai cita-citanya, dia ingin mengeluarkan lagu single solo dan band (Metronome) dari Perlis.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan