Arnold dalam filem 'Terminator' lagi?

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Arnold sanggup membuat 'cameo appearance' untuk filem sekuel keempat 'Terminator'.
Arnold sanggup membuat 'cameo appearance' untuk filem sekuel keempat 'Terminator'.

AKTOR dan ahli politik Arnold Schwarzenegger telah mengesahkan penglibatannya dalam sekuel keempat filem 'Terminator.'

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang yang Arnold berminat untuk kembali ke layar perak setelah kelibatnya kelihatan di set pengambaran "Terminator Salvation".

Sekuel keempat filem 'Terminator' ini akan dibintangi oleh aktor "The Dark Knight" Christian Bale yang akan membawa watak protagonis John Connor.

Keputusan Arnold untuk membintangi filem ini telah menyebabkan penduduk California berasa tidak senang hati kerana mereka rasa Arnold sepatutnya menumpukan perhatian terhadap jawatan Gabenor California yang disandangnya kini.

Namun, Arnold, meyakinkan penyokongnya bahawa kemunculannya dalam filem baru 'Terimantor' itu sekadar satu cameo saja, tidak lebih dari itu.

"Saya tidak ada masa untuk berlakon dalam filem. Saya hanya bersetuju untuk berlakon dalam filem seandainya mereka dapat menyatukan semua teknologi dan itulah yang sedang mereka lakukan sekarang," katanya lagi.

"Mereka akan utamakan teknologi terbaru dalam 'Terminator I' dan gunakan cara saya berjalan dalam filem baru itu. Adegan itu terlalu kecil," katanya lagi.

Arnold mula dikenali ketika membawa watak cyborg untuk filem 1984, diikuti dengan filem keluaran 1991 "Terminator 2: Judgment Day" dan tahun 2003, "Terminator 3: Rise of the Machines".

Belumpun filem 'Terminator' sekuel keempat dikeluarkan, sudah ada perancangan untuk membuat filem sekuel kelima.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan