Vee menangis setiap hari kerana Mahsuri

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Watak Mahsuri benar-benar mencabar keupayaan Vee sebagai pelakon
Watak Mahsuri benar-benar mencabar keupayaan Vee sebagai pelakon

PENGORBANAN dan usaha keras aktres Vanida Imran atau Vee dalam menjayakan Teater Muzikal Mahsuri haruslah dipandang tinggi kerana dia bukan sahaja terpaksa menahan tangis setiap kali menjalani latihan demi menghidupkan watak Mahsuri.

Malah Vee akui berat sekali untuk berlakon sambil menyanyi dalam teater muzikal ini sehingga menggeletar lututnya.

“Sebelum ini, saya hanya menyanyi dalam 2 hingga 3 baris lagu tetapi kali ini menggeletar lutut kerana saya perlu menyanyikan dalam empat buah lagu.

“Selain itu, setiap hari air mata saya jatuh sejak menjalani latihan selama sebulan lalu,” kata Vee yang sedaya-upaya mengumpul tenaganya untuk menghayati watak wanita lagenda itu.

Ketika melihat pementasan Mahsuri pada malam pertama iaitu Jumaat lalu, Vee dilihat berjaya menguasai pentas dengan persembahan yang memukau lebih-lebih lagi ketika babak Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh.

“Saya terpaksa mencari emosi dengan selalu berbincang bersama mama (Fauziah Nawi).

“Hari ini (Jumaat lalu) dan semalam (pratonton) saya masih rasa ‘nervous’ kerana memegang watak tajuk teater ini. Saya juga perlu ‘sustain energy’ kerana semua penonton mengharapkan saya memberi sesuatu sehingga pementasan ini selesai,” kata Vee.

Banyak perkara yang dipelajari dan sempat dikongsi oleh Vee tentang apa yang diketahuinya tentang Mahsuri selepas membawakan watak itu.

“Dalam cerita Mahsuri yang asal, beliau tidak terus dijatuhkan hukum selepas bersalin seperti dalam teater ini sebaliknya menjalani hukuman sebulan selepas berpantang.

“Ketika dalam penjara, beliau banyak menjalani ilmu silat dan berpuasa.

“Paling pedih mengenai Mahsuri bukannya disebabkan beliau dijatuhkan hukuman tetapi sebab fitnah sehingga bersumpah selama tujuh keturunan,” ceritanya.

Vee turut mempraktikkan sedikit ilmu silat yang dipelajarinya dalam teater muzikal ini.

Bagaimanapun, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2007 ini berasa sedikit terkilan apabila berlaku masalah teknikal ketika pementasan tersebut sehingga membuatkan audio tenggelam timbul.

“Saya lontar sahaja suara dan tak boleh berbuat apa. Semua ini masalah teknikal dan saya berharap tiada lagi masalah begitu pada masa akan datang kerana kita bekerja keras selama ini.

“Saya nak salahkan orang lain pun tak boleh juga kerana masalah ini adalah normal. Lagipun kami baru menggunakan pentas dalam empat hingga lima hari lalu (pementasan Jumaat lalu),” luah Vee.

Tambah Vee, sebolehnya dia inginkan penonton mendengar semua dialog yang dilafazkan oleh para pelakon terutama dialog bapa Mahsuri ketika meratapi saat kematian anaknya.

“Dialog bapa Mahsuri ketika memangku anaknya yang sudah mati itu agak indah.

“Dialognya berbunyi ‘Tengok Cik Alang, kita susah hendak dapatkan anak yang dikurniakan oleh Allah ini kepada kita tetapi hari ini Allah ambil dia daripada kita. Mari kita dodoikan dia...’,” tutur Vee yang bersyukur kerana sepanjang pembabitannya dalam teater itu, dia dan pelakon lain tidak mengalami sebarang kecelakaan.

Vee percaya, jika setiap perkara itu dilakukan dengan ikhlas dan jujur, serta semuanya dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah sebagai sedekah kepada Allahyarham Mahsuri, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Selepas berlakon Mahsuri, Vee akan terlibat dalam pengambaran beberapa buah drama, filem dan teater Muzikal Cuci yang bermula pada Ogos depan.

“Drama masih dalam perbincangan dan kemungkinan sebuah drama Raya di bawah produksi Rosyam Nor.

“Filem pula dengan Afdlin Shauki di mana tarikhnya belum ditetapkan manakala sebuah lagi adalah filem untuk watak cameo,”katanya yang sentiasa memastikan dia ‘enjoy’ dengan setiap pementasan yang dilakukan.

Vee pernah menjayakan pementasan teater Megat Terawis (1994), Anak Tanjung (1996), Lantai T. Pinkie (2000), Wangi Jadi Saksi (2006) dan Muzikal Putra (2007).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan