Minggu Setiausaha kurang sambutan: Gawat atau artis kurang berpengaruh?

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Setelah beberapa tahun tidak menjayakan Minggu Setiausaha, kemunculan Datuk Siti Nurhaliza kali ini menjadi tumpuan ramai
Setelah beberapa tahun tidak menjayakan Minggu Setiausaha, kemunculan Datuk Siti Nurhaliza kali ini menjadi tumpuan ramai

SETIAP tahun menjelangnya bulan April, pihak-pihak tertentu mula sibuk menyusun agenda untuk mengadakan sambutan majlis Minggu Setiausaha.

Dan cukup bertuahlah artis-artis yang menjadi 'intaian' pihak-pihak penganjur ini untuk mengadakan persembahan sempena acara tersebut kerana jika dilihat, pada kebiasaannya selebriti yang mempunyai 'pengaruh' mahupun peminat-peminat yang 'kuat' akan disambar untuk menjadi artis utama pada show tersebut.

Tahun ini, seperti biasa, Minggu Setiausaha meneruskan tradisinya!

Anita Sarawak membuka tirai Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 7 April lalu yang turut menyaksikan Faizal Tahir sebagai artis jemputannya, manakala Anuar Zain pula turut menjayakan sambutan tersebut pada 9 April.

Minggu lalu, penyanyi Indonesia Krisdayanti telah membuat persembahan Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade yang dianjurkan oleh Hotel Quality.

Begitu juga Datuk Siti Nurhaliza yang turut diundang oleh hotel yang sama menjayakan persembahan Minggu Setiausaha sehari selepas Kris.

Hotel Istana membuat kelainan sempena sambutan ini dengan menampilkan 20 selebriti lelaki tempatan dan Indonesia pada majlis Minggu Setiausaha yang dianjurkan mereka.

Cukup meriah juga acara-acara itu berlangsung. Malah, jualan meja untuk persembahan-persembahan tersebut dilihat cukup positif!

Namun, tatkala satu demi satu majlis menyusul, dua persembahan Minggu Setiausaha nampaknya terpaksa dibatalkan. Salah satunya adalah persembahan Faizal Tahir yang sepatutnya berlangsung pada 22 April lalu di Dewan Perdana Felda.

Namun menurut penganjur, Me & U Creative, persembahan Faizal bukan dibatalkan, sebaliknya ia ditunda ke tarikh baru dan akan diadakan di dalam bentuk 'dinner show' pula. Apa yang berlaku, kononnya disebabkan penaja utama majlis itu menarik diri di saat-saat akhir.

Tidak pastilah pula jika benar itu adalah faktor utama majlis itu ditunda. Alasan kegawatan ekonomi yang diberikan oleh penaja sehingga membuatkan mereka terpaksa menarik diri itu kedengaran agak kukuh.

Tetapi jika dilihat kepada populariti Faizal, terdetik juga persoalan adakah nama Faizal tidak cukup 'kuat' untuk meyakinkan penaja? Malah, sejak awal lagi acara Minggu Setiausaha penyanyi ini dikatakan antara tumpuan ramai kerana setiap persembahan yang dilakukan oleh Faizal di mana-mana program sebelum ini memang cukup bertenaga.

Malah, ketika menjayakan Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak sebelum ini, persembahan Faizal memang tidak menghampakan walaupun hanya menyampaikan beberapa buah lagu.

Di kalangan pihak media sendiri, Minggu Setiausaha bersama Faizal ini memang dinanti-nantikan oleh rata-rata wartawan. Bila dirisik pada salah satu sumber, jualan meja majlis itu juga tidak menghampakan.

Cuma mungkin, ia tidak sampai ke tahap yang diinginkan oleh pihak penganjur kerana hanya separuh daripada 100 meja yang diperuntukkan itu berjaya dijual.

Atau kegawatan ekonomi yang melanda ketika ini membuatkan peminat juga perlu berfikir dua kali sama ada sanggup melaburkan wang mereka untuk melihat artis kesayangan atau pun tidak.

Tetapi, jika faktor ekonomi yang menjadi punca, nampaknya memang benar nama Faizal tidak sekuat artis-artis seperti Anuar Zain dan Datuk Siti Nurhaliza kerana meskipun ekonomi tidak begitu memberangsangkan, peminat masih lagi sanggup membeli tiket dengan harga yang sebenarnya 'boleh tahan' mahalnya.

Mawi juga pada tahun lalu turut 'kalah' apabila persembahan Minggu Setiausahanya juga gagal mendapat sambutan. Dan tahun ini, Mawi langsung tidak membuat persembahan di mana-mana Minggu Setiausaha.

Minggu Setiausaha bersama Ning Baizura di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya tetap diteruskan. Agak memeranjatkan juga bila mendapat tahu sambutan jualan meja tersebut amat menghampakan.

Jika tahun-tahun sebelum ini, Ning adalah antara artis yang laris menerima undangan persembahan Minggu Setiausaha. Tidak tahu di mana silapnya kerana tahun ini satu-satunya persembahan Minggu Setiausaha yang dijayakan Ning nampaknya gagal mendapat sambutan.

Mungkinkah populariti penyanyi ini sudah pudar? Satu persoalan yang agak subjektif sebenarnya. Rasanya, dari persembahan Minggu Setiausaha seperti ini juga sebenarnya sedikit sebanyak boleh menjadi kayu pengukur tahap 'berpengaruh' seseorang selebriti itu.

Artis tersebut mungkin popular, tetapi adakah dia cukup berpengaruh di arena ini?. Mungkin bermula tahun depan, pihak-pihak yang ingin menganjurkan Minggu Setiausaha perlu berfikir panjang dan meneliti kriteria artis yang ingin mereka pilih.

Jika sekadar mengharapkan populariti artis untuk 'menjual' acara itu, rasanya ia tidak akan membantu, apatah lagi jika krisis ekonomi masih berlarutan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan