Impian Nine bergelar jutawan OIAM berkecai

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kehampaan Nine terbayang pada wajahnya.
Kehampaan Nine terbayang pada wajahnya.

SHAH ALAM: Ketika persaingan berbaki seminggu lagi, Nine atau nama sebenar, Zulqarnain Jaafar gagal melangkah ke peringkat akhir One In A Million (OIAM) musim ketiga.

Jumaat lalu, hos program realiti hiburan tersebut, Awal Shaari dan Marion Caunter mengumumkan penyanyi band Coco tersebut tersingkir daripada program realiti hiburan itu di awal persembahan.

Nine terpaksa akur dia kempunan untuk bergelar jutawan OIAM kerana `konsert'nya pada minggu lalu gagal menambat hati para penonton untuk mengundinya.

Penyanyi berasal dari Alor Setar itu berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka walaupun hatinya diulit rasa kecewa.

"Setiap minggu, saya dah dapat rasakan mungkin tersingkir kerana undian saya berada di bottom. Jadi, saya telah bersedia menerima keputusan ini," katanya pada sidang akhbar selepas persembahan berakhir.

Mengenai halatuju kerjayanya sebagai penyanyi dan penggubah lagu, Nine berkata, dia akan memfokus kepada kumpulan Coco selepas ini.

Jumaat lalu, Nine mempertaruhkan satu-satunya lagu Keroncong Untuk Ana oleh M. Nasir dalam konsertnya.

Dua hari lalu, Nine melagukan Karma oleh Cokelat buat kali terakhir di pentas OIAM dan lagu itu pernah dinyanyikannya pada minggu kelima pertandingan tersebut.

Para peserta yang meneruskan kemaraan ke final ialah Tomok, Esther dan Aweera.

Untuk minggu ini yang bertemakan "Judges and Fans' Favourite", setiap peserta membawakan dua lagu.

Bagi lagu pilihan juri, Tomok menyanyikan Crazy In Love, Esther (Better In Time) dan Aweera (Gemilang).

Bagi lagu pilihan peminat pula, Tomok membawakan lagu Coba, Esther (Won't Go Home Without You) dan Aweera (Aku Dah Bosan).

Sementara itu, Awal dan Marion turut mengumumkan orang ramai diberi pilihan untuk menentukan dua atau tiga peserta bertanding dalam peringkat akhir minggu depan.

Katanya, orang ramai boleh membuat keputusan itu dengan melayari www.8tv.com.my/oiam .

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan