Ellie: Semua yang berlaku ibarat hukum karma

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ellie, pelakon filem Jangan Tegur sedang mengandung empat bulan.
Ellie, pelakon filem Jangan Tegur sedang mengandung empat bulan.

PETALING JAYA: Lewat kebelakangan ini nama aktres Ellie Suriati menjadi mangsa cemuhan orang ramai dan dikaitkan dengan isu 'mendera' orang gaji dan 'masalah rumahtangga.'

Namun dia lebih selesa menumpukan kepada kandungannya yang sudah mencecah usia empat bulan.

Dalam masa yang sama Ellie berkata kadangkala dia berasa sedih dengan kutukan itu tambahan pula dengan keadaan ‘pembawakan budak’.

Namun, isteri kepada aktor Azri Iskandar ini berkata kandungannya berada dalam keadaan baik.

“So far kandungan saya ok dan dia tidak meragam. Saya memang sudah tahu bahawa saya hamil sejak awal lagi setelah melihat perbezaan bentuk badan.

“Insya-Allah, bayi saya ini dijangka lahir pada bulan September nanti,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Ditanya adakah dia mengalami tekanan sekarang, Ellie berkata dia menganggap semua yang berlaku ibarat hukum karma.

“Dalam kehidupan ini, orang mudah mengambil kesempatan dan menganggapnya sebagai suatu cabaran menjadi anak seni.

“Orang boleh burukkan nama saya sewenang-wenangnya dan membuat tohmahan dengan sekelip mata.

“Masyarakat pula lebih suka terpengaruh begitu sahaja tanpa mengetahui cerita sebenarnya.

Ellie enggan memberi komen lanjut tentang masalah yang sedang dihadapinya, terutama isu 'mendera' orang gaji kerana ianya masih dalam siasatan polis.

“Apa yang saya lakukan, saya akan fikirkan tentang diri-sendiri, kedua ibu bapa, suami dan orang lain....nama baik kena jaga dan selepas itu kita berbalik kepada Tuhan dengan apa yang kita lakukan,” katanya yang sedang popular menerusi drama bersiri Cak Cak 2009 di Astro Ria.

Selepas ini, Ellie akan sibuk sebagai salah seorang tenaga pengajar program realiti Mentor di TV3.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan