Aura 20 selebriti lelaki di Minggu Setiausaha!

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Awal dan pasangannya ketika menyertai 'game' Sehati Berdansa sambil turut diusik oleh Afdlin
Aksi Awal dan pasangannya ketika menyertai 'game' Sehati Berdansa sambil turut diusik oleh Afdlin

PADA kebiasaannya, majlis sambutan Minggu Setiausaha hanya menyajikan persembahan oleh seorang atau dua orang artis saja untuk sesebuah majlis itu.

Namun berbeza dengan Minggu Setiausaha di Hotel Istana yang telah mengumpulkan 20 selebriti lelaki tempatan dan Indonesia dengan lebih 10 persembahan menarik oleh beberapa artis terbabit, baru-baru ini.

Antara selebriti tempatan yang menyerikan majlis Minggu Setiausaha itu ialah Faizal Tahir, Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly, Farid Kamil, Aqasha, Ashraf Muslim, Awal Ashaari, Fizo dan Kamal Adli.

Begitu juga beberapa selebriti lelaki popular yang didatangkan khas dari Indonesia sempena acara tersebut iaitu Irwansyah, Rio Febrian, Samuel Rizal, Ello dan Delon.

Rasanya berbaloi harga meja yang dibayar oleh kira-kira 1,000 tetamu pada hari itu kerana dengan harga RM350++ atau RM290++, mereka bukan saja disajikan dengan keenakan makanan berkonsepkan masakan Padang itu, malah berpeluang bertemu dan berhibur dengan 20 selebriti yang kelihatan tampan dengan sut rekaan Lord's Tailor.

Ditambah pula dengan keletah dua hos majlis tersebut iaitu AC Mizal dan Afdlin Shauki yang tidak lekang 'mengusik' tetamu dan rata-rata selebriti yang sememangnya menjadikan suasana majlis Minggu Setiausaha ini cukup meriah!

Selain selebriti-selebriti lelaki ini, empat penyanyi wanita popular turut diundang untuk mengadakan persembahan iaitu Jaclyn Victor, Azharina, Siti Sarah dan Shila OIAM.

Malah, pemenang Bintang Idola Berita Harian, Nazatul Farahin juga diundang untuk membuat persembahan duet bersama Faizal Tahir menerusi lagu Cuba, pada pembukaan majlis.

Selain itu, Rio Febrian, Irwansyah, Delon dan Ello juga tidak ketinggalan menghiburkan tetamu yang hadir dengan lagu-lagu popular mereka.

Namun, apa yang cukup menarik pada majlis tersebut ialah segmen 'game' yang dibuat oleh dua hosnya, AC dan Afdlin yang berjaya menggamatkan suasana dewan tersebut.

'Game' Sehati Berdansa yang membabitkan enam selebriti lelaki iaitu Nazril, Awal, Farid, Fahrin, Iqram dan Fizo dan enam orang tetamu wanita memang cukup menghiburkan.

Tanpa mengetahui rentak lagu yang akan mengiringi persembahan mereka, setiap pasangan cukup 'spoting' menari bersama walaupun ada yang dilihat amat kekok untuk menari!

Awal Ashaari dan Iqram Dinzly dengan pasangan masing-masing adalah antara 'couple' yang menjadi 'tumpuan' tetamu dengan persembahan kreatif masing-masing.

Begitu juga dengan 'game' yang kedua membabitkan artis-artis seperti Samuel, Aqasha, Ashraf dan bintang Indonesia, Ariffin yang mana mereka dan pasangan masing-masing dikehendaki berlakon dengan dialognya dilakukan oleh Afdlin dan AC sendiri secara spontan.

Apa yang pasti, majlis yang berlangsung hampir empat jam itu sememangnya dipenuhi dengan gelak tawa penonton yang terhibur melihat aksi Afdlin, AC yang 'mengenakan' selebriti-selebriti terbabit.

Malah, semua selebriti tersebut juga amat 'sporting' mengikut 'rentak' dua hos popular itu bagi memastikan perjalanan majlis tersebut diadakan dalam suasana santai dan menyeronokkan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan