Selebriti Hollywood sudi 'selamatkan' Rubina Ali - Berita Hiburan | mStar

Selebriti Hollywood sudi 'selamatkan' Rubina Ali

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rubina Ali Qureshi bermain di tempat tinggalnya di Mumbai, baru-baru ini.
Rubina Ali Qureshi bermain di tempat tinggalnya di Mumbai, baru-baru ini.

BEBERAPA pasangan suami-isteri berstatus selebriti melahirkan keinginan untuk mengambil bintang kanak-kanak `Slumdog Millionaire', Rubina Ali sebagai anak angkat selepas bapanya cuba menjualnya.

Mereka terkejut dengan tindakan drastik bapa Rubina, Rafiq Asghar Ali Qureshi yang dilaporkan sanggup menjualkan anaknya pada harga 200,000 paun.

"Rubina pernah menemui ramai orang terkenal di Oscars dan ada di kalangan mereka yang ingin mengambilnya sebagai anak angkat," kata sumber.

Sementara itu, Rafiq telah ditahan oleh pihak berkuasa ekoran cubaannya untuk menjualkan anak perempuannya itu.

Penahanan itu dibuat setelah bekas isteri Rafiq membuat laporan polis.

Pihak polis India menyoal siasatnya selama beberapa jam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan