Jordana ingin jadi gadis Bond

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"Saya ingin menjadi gadis Bond."

PELAKON Amerika, Jordana Brewster dalam satu temuramah ekskusif bersama dengan majalah Maxim mendedahkan dia ingin menjadi gadis Bond.

Brewster, 28, bagaimanapun seorang yang pemalu. Dia masih menjauhkan diri daripada parti Hollywood, berpakaian menjolok mata malah melancong sekali pun.

Yang peliknya, dia berani membuat aksi lasak.

"Saya ingin menjadi gadis Bond," katanya.

"Maksud saya, jika anda bakal diberi tanggapan stereotaip, banyak lagi perkara yang akan diberi tanggapan stereotaip.

"Wanita biasanya ingin menjadi apa yang mereka bukan. Jika anda adalah perempuan cantik, anda ingin menjadi perempuan yang aneh. Jika anda adalah gadis yang bijak, anda ingin menjadi perempuan cantik," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan