Drama episod 'Kecuali Cintamu' platform 'Anak Wayang' cungkil bakat

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan tenaga pengajar Anak Wayang musim pertama
Barisan tenaga pengajar Anak Wayang musim pertama

SETELAH selesai isi ujibakat di tiga buah negeri di mana lebih daripada 4,000 peserta untuk diuji bakat, program realiti baru 'Anak Wayang' bakal mencetuskan satu fenomena baru tidak lama lagi.

Fenomena luar biasa ini bakal mewarnai industri ini seperti yang dikecapi semasa program realiti Akademi Fantasia sejak tujuh tahun dulu.

Barisan pelakon yang akan membintangi drama bersiri 50 episod juga akan diumumkan. Drama berepisod ini akan menjadi platform utama bagi calon-calon Anak Wayang bertaruh nasib yang mana drama berjudul Kecuali Cintamu itu akan bersiaran di Astro Prima.

Projek mega Anak Wayang yang bakal bersiaran pada bulan depan di saluran Astro RIA dan Astro PRIMA akan menampilkan tenaga pengajar berkaliber untuk mencungkil bakat pelajar.

Mereka terdiri daripada pelakon dan pensyarah teater; Marlia Musa, pelakon harapan menerusi filem 1957: Hati Malaya di Festival Filem Malaysia ke-21, Mohd Kamaruzaman Taib (Che Kem), pelakon, penggiat teater dan juri tetap Raja Lawak yang tidak asing lagi Fauziah Nawi serta pensyarah dari Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif serta juri tetap Sehati Berdansa 2; Hamzah Tahir.

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA, Khairul Mizan Shagul, barisan tenaga pengajar pilihan adalah bertujuan mewarnai dan merencahkan lagi perjalanan hidup calon-calon Anak Wayang pada musim pertama ini

"Kami ingin melahirkan seorang yang layak untuk digelar sebagai Anak Wayang pertama dari Astro.

"Kami percaya setiap seorang daripada tenaga pengajar yang telah dipilih ini mempunyai kekuatan yang tersendiri di samping pengalaman yang meluas dalam bidang seni lakon layar dan persembahan pentas untuk dikongsi bersama bukan sahaja dengan calon-calon Anak Wayang tetapi juga di kalangan para penonton.

"Persetujuan dan komitmen mereka untuk sama-sama mendidik pelapis-pelapis seni negara amat kami hargai dan kami pasti musim pertama program realiti mencari bakat lakonan Anak Wayang ini akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran mereka," jelas Khairul.

Tugas serta pengkhususan telah diberikan kepada barisan tenaga pengajar bertujuan untuk memberikan penekanan bagi setiap aspek sudut lakonan.

Marlia Musa akan bertindak selaku guru lakonan yang akan membimbing calon-calon dalam melakonkan watak-watak yang diberikan. Pengalaman, latar belakang dan pencapaian yang dicapai olehnya tidak perlu dipersoalkan lagi apabila dia pernah menggondol Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik seawal penglibatannya dalam bidang seni lakonan lagi.

Individu yang berpengalaman luas dalam bidang seni persembahan untuk pengkhususan teater seperti tradisional dan kontemporari serta pelakon utama bagi filem 1957: Hati Malaya; Mohd Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Che Kem ini pula akan memainkan peranan selaku guru skrip & analisa dalam program realiti Anak Wayang ini.

Pengalamannya dalam bidang seni persembahan dan penulisan skrip juga pastinya sebuah bonus untuk dikongsi bersama dengan calon-calon Anak Wayang dalam kelas-kelas lakonan yang akan diikuti mereka kelak.

Sementara itu, Astro menyandarkan tanggungjawab kepada dramatis kelahiran negeri Perak; Fauziah Nawi untuk membimbing calon-calon sebagai guru lakonan dan vokal.

Pengalaman Fauziah membintangi berpuluh-puluh buah drama TV serta mengarahkan teater pastinya akan membantu para pelajar dalam penghayatan dan ekspresi muka dalam setiap lakonan yang ingin ditonjolkan. Baru-baru ini dia juga telah menerima Anugerah Karyawan Seni Negara ( Pengarah ).

Hamzah Tahir, juri tetap bagi rancangan Sehati Berdansa musim kedua pula telah diberi kepercayaan untuk membimbing para pelajar selaku guru olah tubuh.

Hamzah yang juga merupakan seorang pendidik dalam bidang seni artistik dan persembahan ini pernah terlibat dalam pelbagai jenis seni persembahan tidak kira sama ada persembahan tarian, teater, sitkom, ekperimental dan drama.

Kehadiran Hamzah bagi melengkapkan barisan tenaga pengajar Anak Wayang yang pertama ini akan membantu calon-calon mendalami ilmu tentang cara-cara untuk menghayati sesebuah watak dengan hanya mengekspresikan gerak tubuh badan.

Di majlis yang sama; projek mega Anak Wayang juga turut mengumumkan barisan pelakon yang akan menerajui drama bersiri 50 episod yang akan menjadi platform utama bagi calon-calon Anak Wayang bertaruh nasib yang berjudul Kecuali Cintamu yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, jam 8.30 malam, selama satu jam bermula pada 25 Mei depan.

Nama-nama pelakon hebat seperti Nanu Baharudin, Haleeda, Mustapha Kamal, Janet Khoo dan Aman Shah dijangka akan membekaskan impak kepada para penonton melalui lakonan mereka.

Selain itu, wajah-wajah segar dunia lakonan seperti Siti Saleha, Riz Ainuddin dan Sabrina Hassan dijangka akan turut menyengat dengan lakonan mereka.

Drama bersiri Kecuali Cintamu juga dijayakan oleh Liza Abdullah, Roslan Salleh, Tasha Aziz, Pushpa Narayan, Ezani Nizariff, Ainul Aishah dan Shah Hassan.

Menurut Pengurus Saluran Astro PRIMA, Nizam Sani, mereka yakin para penonton akan tertarik untuk mengetahui kesinambungan drama bersiri ini pada setiap hari apabila ditayangkan kelak kerana kekuatan jalan cerita dan di samping barisan pelakonnya yang mantap.

Kecuali Cintamu merupakan sebuah kisah kehidupan yang dekat di antara kebanyakan dari kita yang terpaksa mengharungi suka-duka bercinta dan asam garam kehidupan dalam alam rumah tangga serta dunia kerjaya.

“Drama ini akan menjadi lebih hebat dengan kemasukan watak-watak sampingan yang terdiri daripada calon-calon Anak Wayang yang memenangi undian SMS tertinggi pada setiap minggu bagi merebut lima watak tambahan yang telah ditetapkan iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha,” kata Nizam

Pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 Rusdi Ramli telah diberi kepercayaan untuk mengacarakan rancangan Pentas Anak Wayang dan Bintang Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17, Fazura pula akan mengacarakan rancangan Dialog Anak Wayang dan Sesi Anak Wayang.

Projek Anak Wayang ini bakal dijanakan oleh dua buah saluran yang akan berganding bahu, Astro RIA (saluran 104) dan Astro PRIMA (saluran 105) yang masing-masing akan menayangkan program realitii bagi mencari bakat lakonan dan drama bersiri yang akan berlangsung secara serentak.

Projek Anak Wayang ini akan mula bersiaran di Astro RIA pada 22 Mei 2009. Butir-butir lanjut mengenai program-program berkaitan adalah seperti berikut:

Dialog Anak Wayang

Program ini memaparkan lima episod pengenalan kepada program Anak Wayang. Di dalam program ini juga akan dipaparkan semua lokasi ujibakat Anak Wayang. Program ini juga akan memperkenalkan 25 peserta/pelajar yang layak ke program reality SESI.

Pengacara: Fazura Jumaat (22/5/09) Isnin (25/2/09) Selasa (26/5/09) Rabu (27/5/09) Jumaat (29/5/09) 9.30 malam(1 jam)

Program pengenalan akan bermula 22 Mei 2009. Sesi Anak Wayang Program realiti yang akan ke udara setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Segala aktiviti pembelajaran dan cabaran pelajar di akademi setiap hari akan dipaparkan dalam episod Sesi.

Pengacara: Fazura. Setiap hari Isnin – Rabu 9.30 malam(30 minit) Program diari Pentas Anak WayangProgram ini akan memaparkan persembahan pelajar berdasarkan tugasan dan watak yang diberikan.

Di samping itu terdapat pelbagai tugasan yang akan diberikan secara spontan oleh juri pada malam tersebut. Program ini akan diakhiri dengan penyingkiran 3 pelajar oleh juri dan 2 akan diadili melalui SMS yang akan diketahui pemenangnya pada hari Isnin.

Pengacara: Rusdi Ramli. Setiap hari Jumaat 9.30 malam (1 jam). Program penyingkiran mingguan.

Sesi Anak Wayang

Program realiti yang akan ke udara setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Segala aktiviti pembelajaran dan cabaran pelajar di akademi setiap hari akan dipaparkan dalam episod Sesi. Pengacara: Fazura.

Pentas Anak Wayang

Program ini akan memaparkan persembahan pelajar berdasarkan tugasan dan watak yang diberikan.

Di samping itu terdapat pelbagai tugasan yang akan diberikan secara spontan oleh juri pada malam tersebut.

Program ini akan diakhiri dengan penyingkiran 3 pelajar oleh juri dan 2 akan diadili melalui SMS yang akan diketahui pemenangnya pada hari Isnin. Pengacara: Rusdi Ramli

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan