Aidil: Rita masih cuba ambil hati keluarga saya

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rita dan Aidil ketika ditemubual oleh rakan media di ruang legar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Rita dan Aidil ketika ditemubual oleh rakan media di ruang legar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

HUBUNGAN aktres Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar, 33, dengan keluarga mertuanya dikhabarkan masih belum pulih sepenuhnya sejak berita pernikahan ‘rahsia’ dia dengan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 22, tersebar pada hujung tahun lalu.

Namun, wanita yang sedang hamil enam bulan ini tetap berselindung apabila ditanya tentang hubungannya dengan keluarga mertua walaupun reaksi wajahnya seolah-olah menceritakan sebaliknya.

Rita berkata hubungannya dengan kedua ibu bapa Aidil agak baik tetapi wajah dan tingkahlakunya tampak resah yang sekali-sekala memandang suaminya seperti mengisyaratkan sesuatu.

Ketika ditemubual secara eksklusif oleh wartawan sebuah program tv, jawapan Aidil seakan-akan mengiyakan yang keluarganya masih tidak dapat menerima Rita.

“Dia (Rita) masih cuba mengambil hati keluarga saya di mana dia berhubung dengan keluarga saya melalui saya,” beritahu Aidil ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Aidil dan Rita hadir ke situ untuk mengesahkan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 25 Februari tahun lalu.

Pengesahan nikah dibuat oleh Hakim Rendah Mahkamah Syariah, Mohd. Yunus Mohamad Zin di bawah Seksyen 12(2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 setelah dilampirkan surat nikah dari Wilayah Songkhla, surat pengesahan Konsulat Jeneral Malaysia di daerah itu dan pengesahan pasport Aidil dan Rita bertarikh 25 Februari 2008.

Selepas ini, mereka akan mendaftar pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam masa terdekat ini.

Apabila meminta komen Rita, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang hubungannya dengan keluarga mertua.

“Saya tak mahu komen apa-apa kerana lebih menumpukan kepada kandungan saya,” jelas Rita yang belum mengetahui jantina bayinya.

Kata Rita, mungkin dia akan ‘scan’ untuk mengetahui jantina bayi dalam beberapa bulan sebelum dia bersalin pada Julai depan.

Jika menurut kehendaknya, Rita inginkan bayi lelaki manakala suaminya inginkan bayi perempuan.

“Alhamdulillah, saya tiada masalah kesihatan dan dapat melakukan kerja dengan baik. Saya juga masih menjalankan karier seni seperti biasa cuma menunggu waktu untuk cuti berehat.

“Selepas selesai berpantang nanti, saya akan masuk pengambaran sebuah drama bersiri.

“Masa saya mungkin tak seperti dulu lagi selepas mempunyai anak nanti dan saya akan lebih menumpukan kepada keluarga.

“Saya harap suatu hikmah akan berlaku selepas mempunyai anak nanti,” ujarnya yang muncul dalam drama bersiri Rahsia Hati pada hari ini di Astro Prima.

Kronologi selepas berita pernikahan ‘rahsia’ Rita-Aidil tersebar:

18 Disember 2008

Keluarga Aidil membuat satu sidang media di Seremban, Negeri Sembilan bagi mengesahkan berita pernikahan Aidil dan Rita selepas pasangan ini gagal dihubungi.

Dalam sidang media itu, ibu Aidil, Azizah Arshad, 56, kesal dengan perbuatan anaknya dan Rita mengenepikan keluarga untuk mendirikan rumah tangga.

Katanya, Aidil tidak pernah berbincang atau mendapatkan pandangan keluarga sebelum bernikah dengan Rita di Selatan Thailand.

Aidil dan Rita dikatakan bernikah pada 25 Februari lalu sebelum dihidu kakak sulung Aidil, Ruziana, 37. Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 59, berkata keluarganya mengetahui perkara itu melalui Ruziana selepas dia dimaklumkan sendiri oleh Mohd Aidil.

19 Disember 2008

Aidil tampil memberikan kenyataan berhubung pernikahannya dengan Rita dan meminta semua pihak menghormati pendiriannya dengan tidak mengganggu atau cuba mendapatkan kenyataan daripada ahli keluarganya mahupun keluarga Rita.

Rita pula enggan tampil membuat kenyataan berhubung perkahwinannya dengan Aidil dengan alasan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber terdekat dengan pelakon ini berkata, Rita yang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri mengaku bernikah hampir 10 bulan. Buat sementara dia memilih untuk mendiamkan diri.

24 Disember 2008

Aidil memaklumkan isu pernikahannya dengan Rita di Selatan Thailand hampir 10 bulan lalu telah selesai dan meminta supaya ia tidak diperbesarkan lagi.

Aidil menjelaskan tiada lagi masalah antara pihaknya dengan keluarga di Seremban. Dia mengakui sudah pulang ke pangkuan ibu dan bapanya bagi menjelaskan keadaan sebenar.

27 Disember 2008

Rita akhirnya tampil menjelaskan kedudukan sebenar mengenai pernikahannya dengan Aidil pada 25 Februari lalu di Songkhla, Thailand.

Malah, dalam sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel ibu kota yang turut dihadiri Aidil, Rita akui keluarganya turut membantu menguruskan pernikahan berkenaan atas kehendak suaminya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan