Lelaki misteri cinta baru Whitney Houston

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Whitney dikatakan telah menemui cinta baru
Whitney dikatakan telah menemui cinta baru

PENYANYI ternama Whitney Houston dalam diam-diam sudahpun menemui cinta baru. Whitney kelihatan menghabiskan malam yang indah bersama lelaki misteri itu di hotel Beverly Hills baru-baru ini.

Houston, yang berusia 45 tahun itu, dilaporkan begitu gembira sekali ketika kelihatan di premis hotel bersama seorang lelaki misteri.

"Mereka kelihatan sungguh intim dan bahagia sekali. Setelah menghabiskan sepanjang hari di hotel itu, mereka telah bersiar-siar berjalan kaki dengan anjing Yorkshire Terrier kesayangan Whitney," kata satu sumber itu.

Houston, yang berpisah dengan bekas suaminya Bobby Brown pada 2007, tampak sangat teruja dengan lelaki baru di dalam hidupnya itu.

Sebelum ini pun, kelibat lelaki misteri itu sering bertandang ke rumah sewa Houston di Atlanta, Georgia.

"Akhirnya Whitney telah dapat melupakan Bobby dan dia juga sudah tidak mengambil dadah lagi.

"Dia kelihatan lebih sihat sekarang, malah lebih sihat dari tahun-tahun sebelumnya. Mungkin ini permulaan tahun yang hebat buat Houston," kata sumber itu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan