Filem Jangan Tegur buat Nadia susah hendak tidur

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELIHAT lakonan aktres Nadia Mustafar atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 33, dalam filem Jangan Tegur, dia seharusnya dipuji apabila melakonkan watak Baizura dengan berkesan.

Ditanya kepada tuan empunya badan, Nadia akui seronok menimba pengalaman baru menerusi lakonannya dalam filem itu tetapi dalam masa yang sama merasakan cabarannya apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Ellie Suriati dan Kazarudin Saisi.

“Best watak Baizura. I work hard tetapi takut juga bagaimana penerimaan orang ramai nanti.

“Agak susah juga kerana di depan saya ada pelakon hebat seperti Ellie Suriati dan Kaza.

“Saya lebih suka bertanya dengan orang berpengalaman, selepas itu bertanya kepada mereka sama ada bersetuju atau tidak dengan saya.

“Perasaan bimbang tu terbawa-bawa hingga susah nak tidur,” kata Nadia yang baru selesai pantang selepas bersalin anak pertamanya, Qaliff Izham.

Menurut Nadia, dia rasa tercabar apabila perlu melakonkan babak dirasuk.

“Dalam babak itu, saya rasa susah untuk bercakap dalam bahasa Thailand yang ‘pure’ dan pekat.

“Oleh sebab itu, saya perlu membuat ‘rehearsal’ banyak kali apabila perlu bercakap bahasa Thailand banyak kali.

“Apabila saya rasa takut buat babak ini, Kak Ellie suruh saya beri tumpuan dan fokus setelah masuk ke set pengambaran.

“Nasib baik ada Kak Ellie yang membantu saya untuk membawakan watak berkait dengan emosi,” ujar Nadia yang pernah berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam dan Zombie Kampung Pisang.

Sudah namanya filem seram, Nadia akui perasaannya bercampur-aduk semasa berada di set pengambaran.

“Saya dapat rasa gangguan semasa sedang berlakon dalam filem ini.

“Semasa saya sedang ‘shooting’, tiba-tiba ada ranting terkena pada pinggang saya.

“Bukan saya seorang sahaja yang kena tetapi penolong pengarah filem ini juga terkena beberapa kali.

“Kalau ikut logik, ranting kayu yang jatuh dari atas sepatutnya mesti terkena pada kepala atau bahu saya tetapi saya rasa pelik juga apabila beberapa kali terkena di pinggang seperti ada orang baling,” ceritanya.

Setakat ditemubual sebelum ini, Nadia memberitahu dia belum lagi menonton filem tersebut kerana masih dalam pantang.

“Tak tahu lagi macam mana. Tak sabar nak tengok kerana saya really work hard.

“Tetapi dalam masa yang sama saya bimbang jika orang senang nampak kelemahan kerana ia skrin besar,” ulasnya.

‘Saya bukan bintang’

Nadia akui dalam persada seni hiburan yang kecil ini, dia dapat merasai mana artis yang dicop sebagai bintang atau tidak lalu menafsirkan dirinya tidak berada dalam golongan itu.

“Saya bukan bintang. Ada orang kategorikan artis berada pada ‘rate’ ini dan itu. Misalnya pelakon Nurkhiriah yang pada mulanya mengalami nasib yang sama dengan saya tetapi akhirnya dia telah membuka mata orang.

“Kalau ada rezeki, harapan saya untuk menang anugerah di mana bukan saya seorang sahaja yang idamkannya malah juga pelakon lain.

“Apa yang penting, kita perlu jujur dan bekerja keras jika inginkan sesuatu dalam bidang ini.

“Sama ada kerja saya dipandang atau tidak, ia terpulang kepada persepsi penonton.

“Bagaimanapun, saya suka filem Jangan Tegur menjadi ‘box office’ dan menjadi buah mulut orang,” luah Nadia yang turut popular menerusi drama bersiri Lesen ‘L’, Cinta Gila dan Rozanna.

Tuah anak angkat

Sejak dia mempunyai anak, rezeki Nadia dan suaminya, Hazil Izham semakin bertambah.

“Saya anggap rezeki untuk berlakon dalam filem ini sebagai tuah mengambil anak angkat.

“Sebelum berlakon filem Jangan Tegur, saya mengambil Mia Qaisara yang kini sudah berusia 10 bulan.

“Saya ambil dia sejak kecil. Selepas saya menjaganya, barulah saya hamil iaitu selang seminggu selepas itu. Itupun selepas dua tahun saya berkahwin dan tidak mempunyai cahaya mata.

“Selepas ini, kalau ada rezeki saya nak seorang lagi anak. Lagipun, umur saya bukan muda lagi iaitu 33 tahun,” ujarnya yang baru selesai menjalani pengambaran drama Kampung Jaguh di mana dia hanya memegang watak pelakon jemputan.

Nadia bernikah dengan Hazil pada 30 Mac 2007 setelah mereka berkenalan sewaktu Hazil bergelar penerbit penyelaras di Tayangan Unggul.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan