Double, Triple Or Nothing Kids di 8TV!

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saksikan‘game show’ yang hebat dan menghiburkan untuk kanak-kanak di luar sana
Saksikan‘game show’ yang hebat dan menghiburkan untuk kanak-kanak di luar sana

‘GAME SHOW’ popular di 8TV kini kembali dengan versi baru khas untuk kanak-kanak! Double, Triple or Nothing Kids yang telah mula disiarkan 5 April lalu setiap hari Ahad jam 9.30 malam dengan hos Rickman dan MeiSim.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata, “Ini merupakan ‘game show’ yang hebat dan menghiburkan untuk kanak-kanak di luar sana. Bukan hanya memberikan hiburan semata-mata, malah ‘game show’ sebegini mampu meningkatkan IQ kanak-kanak,”

Para peserta akan diuji dengan soalan-soalan matematik yang banyak bermain dengan angka dan perlu menjawab sepantas yang mungkin.

Antara segmen yang terdapat di dalam Double, Triple or Nothing Kids ini ialah meneka formula, meneka harga dan beberapa soalan matematik yang rumit.

Markah-markah mereka akan digandakan sekiranya mereka dapat menjawab dengan tepat namun mereka akan kehilangan kesemua markah jika memberikan jawapan yang salah.

Personaliti popular MeiSim dan Rickman telah diberi tanggungjawab menjadi pengacara untuk Double Triple or Nothing Kids.

Peserta tidak perlu menjadi seorang genius dalam matematik tetapi yang paling penting ialah mereka boleh berfikir dengan tenang dan menjawab dengan pantas.

Jangan lupa untuk menyaksikan ‘game show’ kegemaran ramai Double, Triple or Nothing Kids hanya di 8TV.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan