Cinta Madonna berubah arah, dari Jesus ke Moses

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Madonna telah menemui teman baru yang lebih berharta dan berkedudukan
Madonna telah menemui teman baru yang lebih berharta dan berkedudukan

CINTA Madonna sudah berubah arah. Walaupun hebat dikaitkan dengan 'toyboy' barunya Jesus Luz, Madonna telah menemui teman baru yang lebih berharta dan berkedudukan.

Lelaki terbaru dalam hidupnya kini ialah tokoh perniagaan berstatus jutawan bernama Moses 'Marc' Schimmel.

Khabarnya, penyanyi seksi berusia 50 tahun itu sedang rancak berpacaran dengan Moses di kota London sepanjang minggu lalu.

Madonna yang mesra dengan panggilan Madge sudah mula menunjukkan minatnya dengan Moses tanpa segan silu.

Moses atau lebih dikenali dengan nama Marc berusia 44 tahun dan dua kali ganda lebih tua dari model Brazil yang bernama Jesus itu.

"Sungguh pelik.....kedua lelaki itu amat berbeza sekali. Ternyata Jesus tidak suka akan perkembangan terbaru Madge tapi kelihatannya Madge sungguh bahagia sekali," kata satu sumber itu.

"Mereka mempunyai banyak persamaan seperti aktiviti di Kabbalah dan kegemaran suka bersenam. Kedua mereka pernah bercerai dan mempunyai anak-anak.

"Marc dan Madonna juga mempunyai hubungan kerohanian yang amat mendalam sekali.

"Ramai yang percaya mereka amat serasi bersama. Marc kelihatan sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius namun dia tahu Madonna perlukan lebih masa.

"Walaubagaimanapun, Marc dapat rasakan Jesus bukanlah lelaki yang sesuai untuk Madonna," kata sumber itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan