Rihanna kembali beraksi di konsert

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rihanna terkenal dengan lagu Umbrella.
Rihanna terkenal dengan lagu Umbrella.

PENYANYI Rihanna bakal kembali beraksi dalam sebuah konsert di Dubai, selepas berehat akibat kecederaan yang dialami kerana pergaduhan dengan kekasihnya Chris Brown.

Bintang yang terkenal dengan lagu Umbrella itu dijadual akan mengadakan konsert pada 28 Mei ini, walaupun lokasinya masih belum ditentukan lagi.

"Terdapat lebih 25,000 tiket," kata wakil pelancongan Dubai, Mary Rachelle Cherpak.

"Tiket-tiket itu akan dijual dalam sehari dua ini," katanya.

Mengenai tempat konsert tersebut, Cherpak berkata, ia berkemungkinan besar akan di buat di tempat terbuka yang sesuai.

"Kebiasaannya, mereka menyediakan pentas khas di gurun untuk acara-acara sebegini," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan