Anugerah AMN suntikan semangat buat Zahida dan Noryn

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres Zahida masih tertanya-tanya atas kriteria apa dia terpilih mendapat anugerah AMN.
Aktres Zahida masih tertanya-tanya atas kriteria apa dia terpilih mendapat anugerah AMN.

PETALING JAYA: Aktres Zahida Rafik dan penyanyi Noryn Aziz dianugerahkan pingat AMN oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Shah Alam hari ini.

Bersempena dengan penganugerahan tersebut, kedua-duanya bakal menerima pingat dan sijil penghargaan daripada Sultan Selangor.

Sejurus mStar online menghubungi kedua-dua artis terkenal ini, kedua artis ternama ini meluahkan perasaan gembira dengan anugerah tersebut sekaligus merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Selangor.

Namun dalam masa yang sama Zahida menunjukkan reaksi terkejut kerana sebolehnya dia mahu menyorok berita tersebut daripada pengetahuan umum.

"Setelah mengetahui berita ini, saya hanya memaklumkan kepada keluarga terdekat saya.

"Kalau boleh saya tidak mahu memberitahu kepada orang lain walaupun kawan-kawan dan wartawan.

"Pada mulanya, mereka menghubungi saya dan meminta saya ke pejabat Kerajaan Negeri.

"Saya terkejut apabila menerima surat daripada Kerajaan Negeri Selangor di rumah baru-baru ini," katanya.

Menurut Zahida, dia tidak mengetahui atas kriteria apa yang membuatkan dia terpilih untuk menerima anugerah tersebut.

Baginya, mungkin disebabkan tuahnya yang merupakan anak jati Selangor, berstatus seorang pelakon dan selalu membuat kerja kebajikan.

"Sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya kenapa dan berasa terharu bercampur gembira dengan anugerah ini kerana bukan senang nak dapat.

"Ramai lagi pelakon lain yang bertungkus-lumus dalam bidang lakonan.

"Kiranya, saya tak perlu tunggu untuk mendapat anugerah Pelakon Terbaik," ujarnya dalam nada ceria.

Zahida berkata dia akan lebih menumpukan kepada kerja amal seperti kutipan derma untuk anak-anak yatim dan Palestin.

Sementara itu, penyanyi seksi Noryn Aziz pula menganggap apa yang dia kerjakan selama ini mendapat perhatian daripada pihak tertentu.

"I am proud of it. Mungkin pencapaian sebelum ini dipandang sejak saya membuat ‘come back’ hampir dua tahun ini.

"Kita hanya berusaha tetapi tidak ‘expect’ untuk mendapat apa-apa anugerah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan dipandang baik oleh pihak tertentu ‘especially’ Sultan Selangor.

"Mungkin ia ‘valuable’ untuk Kerajaan Selangor," jawab Noryn dalam nada merendah diri.

Noryn banyak membuat persembahan korporat dan telah memasuki pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.

Noryn membawa pulang tiga pingat emas dan satu perak menerusi kategori pop, R&B jazz, komposisi asli serta broadway, selain dinobatkan sebagai Penyanyi Pop Terbaik.

"Anugerah AMN ini ibarat satu suntikan semangat kepada saya untuk bekerja lebih keras lagi dalam industri seni ini dan Kerajaan Selangor.

"Selepas ini, saya merancang untuk mengajar vokal dan muzik kepada mereka yang berminat.

"Saya rasa apa yang saya pelajari selama ini akan lebih bermanfaat," luah anak kelahiran Shah Alam ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan