AF7: Konsert keenam tidak adil?

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aril dilihat mampu menjiwai persembahan 'rock'nya berbanding peserta-peserta lain - foto THE STAR oleh BRIAN MOH
Aril dilihat mampu menjiwai persembahan 'rock'nya berbanding peserta-peserta lain - foto THE STAR oleh BRIAN MOH

AGAK hambar persembahan rata-rata peserta pada konsert keenam Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang berlangsung Sabtu lalu.

Konsert yang bertemakan rock ini menyaksikan lapan peserta membuat persembahan dengan lagu-lagu popular oleh empat band terkemuka iaitu Lefthanded, Estranged, Kristal dan dari Indonesia, Cokelat. Persembahan kesemua peserta juga diiringi oleh band tersebut mengikut lagu yang dinyanyikan oleh mereka.

Nampaknya genre rock yang menjadi tema kali ini kurang 'berkesan' terhadap kebanyakan pelajar. Hanya Aril yang dilihat mampu menjiwai persembahan 'rock'nya manakala yang lain terpaksa berusaha keras untuk dilihat menepati tema tersebut.

Sayang sekali kemantapan vokal kebanyakan peserta agak 'tenggelam' gara-gara perlu membuat penghayatan yang lebih terhadap genre rock tersebut.

Ada yang dilihat seperti 'badut' di pentas, dan ada juga yang nampak seperti tak keruan dan terpaksa menyusun langkah untuk dilihat seperti penyanyi rock.

Diselit pula dengan lawak Zizan dan Johan yang tidak semena-mena muncul di pentas sebanyak dua kali, sehingga membuatkan konsep persembahan pada malam itu agak 'kucar-kacir'.

Tatkala leka 'terhibur' dengan keletah peserta-peserta tersebut, terdetik juga persoalan mengapa ada peserta yang mendapat 'keistimewaan' berduet dengan penyanyi band lagu yang didendangkan mereka walaupun hanya untuk beberapa minit.

Aishah dan Isma berpeluang menyanyi bersama vokalis Cokelat menerusi lagu Segi Tiga dan Salah manakala Hafiz dan Claudia pula dapat berduet bersama vokalis kumpulan Kristal menerusi lagu popular mereka, Pak Belalang dan Keindahan Pantai.

Empat lagi pelajar yang membawakan lagu kumpulan Estranged dan Lefthanded hanya diiringi oleh band terbabit tanpa kemunculan vokalis masing-masing iaitu Rich dan Nash.

Mengulas tentang hal ini, kata Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, dia menafikan timbulnya isu berat sebelah tentang perkara itu. Sebaliknya, kata Khairul, vokalis Estranged dan Lefthanded sebenarnya tidak dapat menyertai konsert malam itu kerana komitmen lain.

"Kami letakkan band mengiringi persembahan mereka malam ini sebagai gimik. Tetapi gandingan peserta dan vokalis band tersebut sengaja kami buat sekadar memberi galakan kepada peserta dan menyemarakkan lagi persembahan mereka.

"Tetapi, ada vokalis yang tidak dapat menyertai konsert ini. Bagi saya, ini bukan satu masalah yang besar.

"Saya akui, ada peserta yang berduet dengan vokalis lagu dendangan mereka itu kurang 'menjadi', dan ada juga yang buat dengan bagus. Ini adalah satu ujian kepada peserta sendiri," kata Khairul sejurus berakhirnya konsert mingguan itu, Sabtu lalu.

Perkara itu turut dipersetujui oleh pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang merasakan persembahan pada malam itu sebenarnya ialah untuk menyaksikan 'chemistry' antara peserta dan band-band itu.

"Ujian mereka kali ini ialah perlu bergabung dengan band. Bagi saya, mereka buat dengan baik sekali. Bukan mudah untuk peserta-peserta ini 'blend' dengan band-band yang hebat.

"Dan sudah tentu ia lebih 'cantik' jika semua peserta ini dapat peluang menyanyi bersama penyanyi asalnya juga. Tapi apa boleh buat...ada vokalis yang tidak boleh sertai," kata Tiara.

Ditanya pendapatnya tentang persembahan peserta minggu ini, kata Tiara, secara keseluruhannya dia tetap berpuas hati dengan prestasi peserta kali ini.

"Bagi saya, ada peserta yang mempamerkan peningkatan. Sebagai contoh Yazid, saya lihat persembahannya malam ini cukup 'feel'. Tetapi sudah tentu peningkatannya itu berlaku sedikit demi sedikit.

"Sama juga seperti Claudia. Jika persembahannya sebelum ini dia agak 'laid back', tetapi minggu ini dia betul-betul 'all out'," kata Tiara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan