Badri menawan dunia dengan Exora

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Badri berasa amat bangga menyanyikan lagu rasmi Proton Exora, Menawan Dunia.
Badri berasa amat bangga menyanyikan lagu rasmi Proton Exora, Menawan Dunia.

NAMA jejaka tampan ini sentiasa meniti di bibir ramai sebaik memenangi tempat kedua program pertandingan nyanyian kelolaan TV3, My Star LG, pada 2007.

Namun selepas itu, Badri Ibrahim seolah-olah menyepi daripada arena hiburan.

Berpeluang bertemunya baru-baru ini, Badri bagaimanapun akui masih lagi aktif menyanyi.

Namun, jadual seninya perlu dibahagi sebaik mungkin kerana pada masa yang sama, dia juga bertugas sebagai seorang pegawai perhubungan media di Proton.

Malah, Badri sebenarnya amat bangga apabila syarikat tersebut turut memberi tanggungjawab 'besar' buatnya untuk menyanyikan lagu tema kereta terbaru keluaran Proton, Exora yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Lagu berjudul Menawan Dunia itu didendangkan oleh Badri ketika perasmian MPV itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut Badri, dia menyifatkan 'amanah' itu sebagai satu kepercayaan yang sangat besar daripada Proton kepadanya.

"Bayangkan saya perlu menyanyi di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, itu adalah satu kepercayaan yang sangat besar daripada Proton kepada saya.

"Lebih-lebih lagi, saya difahamkan persembahan saya turut disiarkan secara langsung sehingga ke Sabah dan Sarawak serta berjuta-juta orang menyaksikannya... saya berasa amat bangga," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Badri mengakui dirinya berasa sedikit gemuruh ketika membuat persembahan.

Perasaan tersebut, katanya, dapat diatasi kerana sebagai seorang pekerja Proton, dia amat menghayati lagu yang dicipta oleh komposer popular tempatan, Aubrey Suwito itu.

"Menerusi lagu tersebut, saya cuba menonjolkan hasrat dan wawasan Proton untuk menawan dunia dengan kenderaan terbarunya, Proton Exora," ujar Badri yang sebelum ini juga merupakan penyanyi lagu tema untuk program Jom Ronda di TV3 berjudul Bagaikan Roda .

Mengulas lanjut mengenai lagu tersebut, Badri berkata, lagu Menawan Dunia itu dicipta dalam tempoh masa enam bulan.

"Ia mengambil masa yang panjang kerana lirik dan melodi lagu kena serasi dengan semangat dan wawasan Proton itu sendiri. Ia tidak boleh terlalu patriotik dan tidak boleh terlalu pop," jelasnya.

Tambahnya, untuk memberikan persembahan terbaik, dia telah berlatih untuk dua minggu menyanyikan versi lagu yang diedit lebih pendek tersebut.

Menurut Badri, lagu Menawan Dunia yang asal disusun dalam album pertamanya yang masih belum diedarkan.

Ini kerana, album itu hanya mempunyai empat lagu bergenre pop buat masa ini dan dia menyasarkan untuk menyiapkan album itu pada hujung tahun ini.

"Terdapat tiga lagu daripada komposer Audi Mok, iaitu Selamanya, Bagaikan Roda dan Pulang. Audrey Suwito pula menggubah lagu asal Menawan Dunia," katanya yang telah berkhidmat dengan Proton selama dua tahun setengah.

Ditanya sama ada dia juga mempunyai impian untuk mencipta lagu sendiri, kata Badri, dia memang mempunyai keinginan sedemikian.

"Lagipun, ini baru pertama kali saya hendak membuat album. Jadi, saya rasa baiklah saya 'tumpang' populariti komposer lain dulu buat masa ini. Saya akan menggubah lagu pada suatu hari nanti," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan