Zac Efron jauhi dadah kerana Dicaprio

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Efron bersyukur bertemu dengan Dicaprio.
Efron bersyukur bertemu dengan Dicaprio.

"JIKA anda ingin mempunyai kerjaya yang lama di Hollywood, jauhi dadah," demikian nasihat bintang handalan Hollywood, Leonardo Dicaprio kepada bintang High School Musical, Zac Efron, 21.

Efron menemui Dicaprio ketika menyaksikan satu perlawanan bola keranjang Los Angeles Lakers, tahun lalu.

Efron menegaskan, pertemuan itu sungguh berharga kerana bintang filem Titanic itu telah memberikan nasihat yang amat berguna kepadanya.

"Dicaprio memberitahu saya cuma ada satu cara untuk membinasakan kerjaya saya iaitu ketagih dadah. Jika saya berjaya menyisihkan dadah, cabaran-cabaran lain dapat saya pasti tepis," ujar Efron yang bersetuju dengan nasihat bintang itu.

Dia menuruti nasihat Dicaprio dan hanya minum alkohol.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan