Nabil jelas isu selalu ke rumah Irma

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabil dan Irma di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008. -foto mStar
Nabil dan Irma di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008. -foto mStar

BARU-BARU ini, pelakon dan pelawak Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil telah memohon maaf kepada semua pihak akibat sikap spontannya memeluk kekasihnya, aktres Irma Hasmie.

Nabil juga berkata dia tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

Belum selesai isu Nabil memeluk Irma diperkatakan, kini orang ramai mula kembali memperkatakan tentang isu dia mengajuk ucapan yang diberikan oleh penyanyi Jamal Abdillah selepas menerima anugerah Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

Ditanya kepada Nabil, dia bagaimanapun hanya menganggap hal itu sebagai perkara biasa kerana Jamal sendiri hanya tergelak dengan gelagat Juara Raja Lawak Astro musim kedua itu.

“Abang Jamal ok sahaja dengan saya dan hanya gelak-gelak selepas saya memberikan ucapan itu.

“Kami dah buat ‘show’ banyak kali dan dia tiada masalah apabila saya berlawak dengannya.

“Saya anggap ajukan itu sebagai bahan lawak dan perkara biasa. Lagipun, bukan saya orang pertama yang mengajuk-ajuk dialog orang lain,” ulas Nabil yang baru ditimpa kemalangan kecil dua hari lalu.

Kata Nabil, dia hanya mengalami kecederaan di pinggang akibat jatuh daripada motosikal yang dipandunya seorang diri setelah melanggar ‘corner’ yang licin di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Selain isu ajuk-mengajuk, nama Nabil juga disebut-sebut di dalam internet kerap bertandang ke rumah Irma sehingga kekasihnya itu diberi amaran oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) di situ.

“Saya datang ke rumahnya waktu dulu semasa Irma masih menjaga anak angkatnya tetapi sekarang ‘baby’ itu sudah dipulangkan kepada ibunya.

“Tetapi, saya nak jelaskan yang saya bukan masuk ke rumahnya tetapi hanya berjumpa Irma di tempat ‘parking’.

“Saya pergi ke situ untuk mengambil ‘baby’ dan menghantarnya ke rumah ibu pengurus saya di Ampang untuk menjaganya ketika Irma bekerja.

“Kebetulan saya boleh ‘arrange’ masa waktu itu. Sekarang kami hanya berjumpa di luar apabila masing-masing ada masa lapang.

“Sekarang, saya sudah jarang berjumpa dengan Irma kerana sibuk dengan program Harta Mania di TV9,” kata Nabil yang sedang berehat bagi memulihkan kesakitan yang dialami.

Namun begitu, Nabil menafikan tentang dakwaan Irma dikenakan amaran oleh AJK di situ.

"Irma tak pernah beritahu saya pun tentang amaran itu," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan