8TV lancarkan Shout! Awards

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar; Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim dan Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson. - foto THE STAR/Shaari Che Mat
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar; Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim dan Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson. - foto THE STAR/Shaari Che Mat

STESEN 8TV melancarkan Shout! Awards (SA) bagi mengiktiraf mereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak yang besar dalam dunia hiburan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Izham Omar berkata, SA merangkumi anugerah khas untuk empat kategori iaitu TV, Filem, Radio dan Muzik dengan 16 anugerah.

Menurutnya, penyertaan dibuka kepada semua stesen TV, syarikat rakaman, rangkaian radio dan syarikat penerbitan atau produksi drama dan filem.

"Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat ledakan kreativiti dalam arena hiburan. Sudah sampai masanya kita mengiktiraf bakat-bakat ini," katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Shout! Awards di Coco Banana, Sunway Pyramid di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim dan Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson.

Kategori Muzik mempunyai anugerah Rockstar, Popstar, Power Vocal, Flava (Hip Hop/R&B) dan Break Out (Best New Act).

Bagi kategori TV and Filem, ia mengenengahkan anugerah Best On Screen Chemistry (sepasang), Fresh TV Series (Siri TV baru termasuk Drama dan/ atau Sitcoms), Breakthrough Film, Favourite TV Program (Bukan Drama) dan Favourite TV Host.

Terdapat dua anugerah untuk kategori Radio iaitu Coolest Radio Announcer dan Favourite Radio Show.

Selain itu, kategori The Works membariskan anugerah Stylo (Anugerah Paling Bergaya), Hot Chick, Hot Guy dan The Ultimate Shout! Award.

Ahmad Izham berkata, orang ramai khususnya penonton 8TV boleh mulai menghantar undian pencalonan secara online (dalam talian) ke laman web rasmi SA di www.shoutawards.com.my .

Katanya, semua penyertaan yang dihantar akan dinilai oleh juri-juri profesional yang dilantik oleh PAIMM dan tarikh akhir undian ialah 30 April ini, 4 petang.

"Para peminat boleh mengundi calon-calon pilihan mereka dan melihat hala tuju industri hiburan tempatan.

"Juri profesional kemudiannya akan memilih seorang pemenang daripada para peserta Top 5 dalam setiap kategori bagi anugerah utama The Ultimate Shout! Award," jelasnya.

Ahmad Izham memberitahu, senarai calon-calon Top 5 akan diumumkan kelak melalui sidang akhbar kedua.

Shout! Awards akan berlangsung pada 18 Julai 2009 bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil. Ia akan disiarkan secara langsung di saluran hip 8TV pada 9 malam.

Selebriti, artis dan mereka yang terlibat dalam industri hiburan tempatan berjalan dgn penuh gaya atas permaidani merah pada malam itu.

Para hadirin turut bakal disajikan persembahan bertenaga dari artis dan band tempatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan