Phil Spector disabitkan bersalah kerana membunuh

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Produser muzik Phil Spector (kedua dari kiri) ditemani isteri, Rachelle Short semasa tiba di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada 13 April, 2009.
Produser muzik Phil Spector (kedua dari kiri) ditemani isteri, Rachelle Short semasa tiba di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada 13 April, 2009.

PENGGUBAH lagu eksentrik, Phil Spector disabitkan bersalah Isnin lalu, atas dakwaan membunuh aktres Hollywood pada 2003.

Sehubungan itu, dia berkemungkinan menghabiskan sepanjang hayatnya di penjara.

Ini kerana dia menghadapi hukuman penjara 18 tahun apabila hukuman dijatuhkan pada 29 Mei ini.

Keputusan itu dicapai dalam perbicaraan kedua yang diadakan selepas juri gagal mencapai kata putus pada 2007.

Juri Los Angeles mendapati Spector bersalah membunuh aktres filem bergred B, Lana Clarkson, 40, dengan satu tembakan pada mulut mangsa di luar rumahnya.

Kedua-dua mereka bertemu di sebuah kelab malam di Hollywood.

Wakil peguam pembela dari California, Darren Kavinoky berkata, Spector hanya layak menerima parol selepas menghabiskan sekurang-kurangnya 18 tahun di penjara.

"Dia (Spector) mempunyai lebih banyak peluang kena loteri daripada dibebaskan," kata Kavinoky yang tidak terlibat dalam kes itu.

Spector menafikan dia membunuh Clarkson. Peguamnya akan membuat rayuan dalam tempoh terdekat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan