Petua ayah bantu Matthew `pancing' gadis - Berita Hiburan | mStar

Petua ayah bantu Matthew `pancing' gadis

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Matthew McConaughey dan teman wanitanya, Camilla Alves.
Matthew McConaughey dan teman wanitanya, Camilla Alves.

PELAKON Hollywood, Matthew McConaughey mendedahkan, petua ayahnya Jim McConaughey banyak membantu dia memancing' gadis-gadis.

Dia berkata, ayahnya mengajarnya agar tidak terburu-buru mengejar perempuan.

"Jika anda cuba mendekati seseorang gadis itu, sama ada ciuman ataupun menyentuhnya, dan anda berasa sedikit tentangan, maka berhenti.

"Dalam kebanyakan masa, selepas anda berhenti, gadis itu akan mengiyakan anda meneruskannya," The New York Post memetik beliau sebagai berkata.

Matthew tidak keberatan untuk berkongsi rahsia bagaimana dia menawan hati ramai gadis sunti.

"Ia adalah pelajaran berguna. Jika anda lakukan, gadis-gadis akan kembali pada anda. Mereka ingin keluar dengan anda lagi. Akhirnya, anda tidak perlu berhenti," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan