Isteri Mel Gibson failkan tuntutan cerai

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mel Gibson memegang watak utama William Wallace dalam epik Braveheart.
Mel Gibson memegang watak utama William Wallace dalam epik Braveheart.

ROBYN Moore memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya Mel Gibson sehari sebelum Good Friday atas alasan `perbezaan yang tidak dapat diselesaikan.'

Difahamkan, pasangan Gibsons itu berkahwin pada 1980 sebelum Mel mengumpulkan harta bernilai kira-kira $900 juta pada 2006.

Undang-undang California memperuntukkan harta benda tersebut perlu dibahagi 50/50.

Pasangan tersebut mempunyai 7 orang anak. Tom, 10, adalah anak mereka yang paling muda.

Tuntutan yang difailkan isteri selebriti di Mahkamah Tinggi L.A. County itu antara lain merangkumi hak menjaga Tom bersama.

Moore turut menuntut bayaran peribadi dan guaman.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan