Kylie habiskan 40 ribu paun untuk botoks dan penjagaan kulit

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kylie sanggup berhabisan wang untuk kelihatan cantik.
Kylie sanggup berhabisan wang untuk kelihatan cantik.

PENYANYI kelahiran Australia Kylie Minogue khabarnya menghabiskan 40,000 paun bagi suntikan botoks dan juga penjagaan kulit, wajah serta mandi spa ketika berlibur baru-baru ini.

Hasilnya, kulit Kylie kelihatan begitu mulus, cantik dan berseri sekali. Rupa-rupanya itulah rahsia penjagaan kulitnya selama ini.

Hampir enam bulan, Kylie memanjakan dirinya dengan membuat penjagaan kulit sebegini di salon kecantikan, terutama sekali sewaktu dia bercuti. Yang terbaru, Kylie telah berbelanja dengan begitu mewah sekali menjalani rawatan kulit secara intensif, selama tujuh malam di Spain's SHA Wellness Clinic.

Penyanyi berusia 40 tahun itu juga telah banyak mengikuti pelbagai penjagaan rapi untuk kulit dan badan seperti pakej 'Rejuvenasi Wajah Intensif' yang berharga 3 ribu paun, bagi memperbaiki kesan dari kanser yang pernah dihidapinya pada tahun 2005.

"Ini bukan satu rawatan yang murah. Pakej penjagaan kulit sahaja berharga 3 ribu paun dan penginapan di presidential suite pula berharga 5,400 paun semalam. Ianya bukan surgeri kosmetik namun kesannya menakjubkan," kata sumber dari klinik itu lagi.

Tambah sumber itu lagi, "Kylie telah menjalani rawatan bagi membuang kesan-kesan dari kimoterapi kanser yang dihidapinya. Jadi rawatan penjagaan kulit begini bukan saja membuat dia rasa lebih yakin, malah dia akan lebih sihat lagi."

Katanya, Kylie turut diberi urutan dan penjagaan hidroterapi dan pemakanan mackrobiotik dan terapi rejuvenasi.

Gwen Davies, yang juga pakar bahagian surgeri dari Transform Cosmetic Surgery, berkata, "Di mata kasar, Kylie seolah-olah telah melabur untuk prosedur surgeri tapi sebenarnya tidak begitu."

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan