Ikon fesyen Hollywood Kimora Lee di 8TV

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Kimora Lee Simmons seorang fesyen dan ahli perniagaan yang berjaya di Hollywood.
Kimora Lee Simmons seorang fesyen dan ahli perniagaan yang berjaya di Hollywood.

DIA merupakan seorang model terkenal, seorang ikon fesyen, ‘mogul’ industri fesyen dan seorang ibu kepada dua anak perempuan yang comel. Ya, Kimora Lee Simmons sememangnya satu ikon fesyen dan ahli perniagaan yang berjaya di Hollywood.

Kimora dan kedua-dua anak perempuannya Ming dan Aoki Lee kini kembali menghiburkan penonton untuk musim ke-2! Kimora: Life in the fab Lane telah menemui semua penonton 8TV bermula 8 April lalu, jam 9.30 malam.

“Kimora Lee Simmons merupakan fesyen ikon yang sentiasa menjadi ikutan di Hollywood. Memulakan karier sebagai seorang model terkemuka sebelum mengetuai syarikat gergasi Baby Phat, KLS dan Fabulosity,” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

“Kimora bukan sahaja komited dengan segala yang dilakukannya malah turut mempamerkan semangat sebagai seorang ketua yang disegani tidak dilupakan sebagai seorang ibu yang penyayang dan cukup dikagumi,” ujar Kim.

Kim menambah, “Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang bekerja dan terpaksa menjaga keluarga pada waktu yang sama. Siri ini pastinya dapat memberi sedikit tips dan pengajaran untuk semua ibu-ibu menangani masalah ini."

Kimora: Life in the Fab Lane (Musim ke-2) merangkumi 9 episod yang memaparkan kehidupan Kimora sebagai seorang wanita berkerjaya, selebriti dan juga ibu.

Jika di musim pertama program ini lebih banyak menyiarkan bagaimana Kimora membangunkan perniagaannya namun di musim ini ia lebih banyak memaparkan bagaimana Kimora menjayakan perniagannya untuk lebih dikenali.

Kimora menjalankan beberapa sesi fotografi, memulakan patung Barbie Kimora, melancarkan koleksi barang kemas, berpindah ke rumah baru dan turut memenangi anugerah Pereka Fesyen Terbaik!

Kimora juga bertambah sibuk dengan persiapan harijadi anaknya Ming Lee yang menyambut kelahirannya yang ke-8. Pada waktu yang sama Aoki mengalami sakit gigi dan enggan di bawa berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.

Banyak yang berlaku dalam kehidupan Kimora untuk musim ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan