Preity Zinta marahkan media

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Preity Zinta ketika mempromosikan filem barunya, Videsh di Mumbai.
Preity Zinta ketika mempromosikan filem barunya, Videsh di Mumbai.

DIVA Bollywood Preity Zinta marahkan media kerana menyebarkan khabar angin dia berpisah dengan Ness Wadia.

Preity menulis dalam blognya "Tidak masuk akal langsung bagaimana media menulis sesuatu yang mereka suka tanpa mendapatkan pengesahan daripada semua pihak".

Sambil menafikan desas-desus itu sekeras-kerasnya, aktres itu memberitahu, wartawan yang menulis artikel terbabit cuba menghubunginya tetapi hanya selepas ia diterbitkan.

Preity menambah, "Media melaporkan berita itu ekoran dia memberikan sorakan kepada Vikram Chatwal semasa Minggu Fesyen. Tidak masuk akal langsung. Ketika saya bersorak memberikan galakan kepada Shah Rukh Khan, tiada sesiapa mempertikaikannya.

"Terdapat juga Arjun and Mehr Rampal, Rahul Bose, Ujjwala Raut - semua selebriti yang juga kawan saya; dan saya memberikan sorakan kepada mereka. Saya berbuat demikian kerana pertunjukan itu adalah untuk Mumbai," ujarnya.

Selain itu, Preity menghentam media Bollywood kerana budaya paparazzi semakin berleluasa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan